CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3383|Reply: 0

[Kedah] Premis kitar semula haram diserbu JAS

[Copy link]
Post time 15-10-2023 05:10 PM | Show all posts |Read mode

Pegawai dan anggota Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah melakukan serbuan terhadap sebuah premis aktiviti kitar semula buangan terjadual dan skrap logam yang beroperasi secara haram semalam. NSTP/Ihsan JAS

ALOR SETAR: Kegiatan sebuah premis kitar semula buangan terjadual dan skrap logam yang beroperasi secara haram terbongkar selepas diserbu Jabatan Alam Sekitar (JAS) di sebuah kawasan di Sungai Petani, semalam.

Serbuan bermula jam 9 pagi hingga 7.45 petang hasil aduan orang ramai itu turut disertai Pengarah JAS Kedah, Sharifah Zakiah Syed Sahab bersama 32 pegawai dan anggota.

Sharifah Zakiah berkata, serbuan dijalankan terhadap sebuah premis yang dikenal pasti mempunyai isu ketidakpatuhan terhadap keperluan perundangan bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974.

Katanya, JAS Kedah telah menjalankan pemeriksaan menyeluruh terhadap aktiviti yang dijalankan dan hasil pemeriksaan mendapati premis itu beroperasi secara haram.



"JAS Kedah telah mengeluarkan notis arahan bawah Seksyen 31 dan Seksyen 37, AKAS 1974 bagi tindakan pembetulan yang perlu dilaksanakan oleh premis.

"Selain itu, JAS Kedah menyita kelengkapan operasi bagi menghentikan operasi yang dijalankan secara haram dan menjadi punca kepada pencemaran alam sekitar," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Sharifah Zakiah berkata, antara tindakan lain yang diambil ialah mengeluarkan kompaun dan lain-lain tindakan selaras kehendak perundangan.

Katanya, pihak industri diingatkan agar sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dengan tidak menyebabkan pencemaran kepada alam sekitar.
https://www.bharian.com.my/berit ... a-haram-diserbu-jas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 03:12 PM GMT+8 , Processed in 0.048378 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list