CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3276|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Boikot syarikat, produk yang menyumbang kepada Israel' - Mufti

[Copy link]
Post time 15-10-2023 05:09 PM | Show all posts |Read mode

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor. - Foto NSTP

GEORGETOWN: Rakyat negara ini baik yang beragama Islam atau bukan Islam diseru supaya menunaikan tanggungjawab kemanusiaan dengan menghulurkan bantuan susulan krisis yang menimpa penduduk Palestin.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, berkata bantuan itu adalah bagi mengurangkan penderitaan rakyat Palestin akibat daripada serangan rejim Israel.

"Umat Islam di seluruh dunia wajib membantu saudara mereka yang sedang berjuang di bumi Palestin bagi mempertahankan diri dan tanah air daripada serangan kejam Israel.

"Media melaporkan, tentera penjajah Zionis menyasarkan kemudahan awam di Semenanjung Gaza termasuk hospital, masjid dan kediaman penduduk," katanya menerusi kenyataan hari ini.



Wan Salim turut menyeru rakyat Malaysia supaya memboikot semua syarikat atau produk yang menyumbang kepada ekonomi Israel.

Katanya, terdapat juga syarikat atau restoran yang menderma makanan secara percuma kepada tentera Israel yang menyerang rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.

"Setakat ini rakyat beberapa negara sudah mengambil tindakan memboikot restoran berkenaan termasuk Arab Saudi, Mesir, Lubnan dan Kuwait.

"Amerika Syarikat perlu 'disedarkan' supaya menghentikan dasar 'double standard' yang dipraktikkannya selama ini. Kuasa besar dunia itu menyokong Republik Ukraine menentang Russia, sedangkan di Palestin, mereka menyebelahi Israel dan membantunya menyerang rakyat yang berjuang mengembalikan hak serta negara mereka selepas dirampas rejim itu sejak 1948," katanya.

Media sebelum ini melaporkan, seramai 1,900 rakyat Palestin di Gaza maut akibat serangan tentera Israel dan daripada jumlah itu, lebih 614 kanak-kanak terkorban.

Serangan pelbagai jenis bom berangkai dan roket turut mengakibatkan 7,696 penduduk Palestin cedera.
https://www.bharian.com.my/berit ... kepada-israel-mufti

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 02:51 PM GMT+8 , Processed in 0.042804 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list