CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7718|Reply: 3

[Cinta] Jodoh Mek Klate di Turkiye

[Copy link]
Post time 14-10-2023 07:40 AM | Show all posts |Read mode
Jodoh Mek Klate di Turkiye




NUR Eliani dan Recap Karacay diijabkabulkan pada 27 September lalu. FOTO Ihsan Nur Eliani Mohd Asmadi


Kuala Lumpur: Niat asal Nur Eliani Mohd Asmadi ke Istanbul, Turkiye dua tahun lalu untuk melancong namun ajakan seorang rakan mendorongnya terus menetap di negara itu dengan menjadi pemandu pelancong.

Ditakdirkan, Nur Eliani, 30, berkenalan dengan lelaki warga tempatan, Recep Karacay, 23, yang sah menjadi suami selepas diijabkabulkan dalam majlis pernikahan pada 27 September lalu.

Bercerita lanjut, Nur Eliani tidak menyangka berkahwin tahun ini dengan lelaki yang jauh lebih muda daripadanya.

Bagaimanapun, wanita berasal dari Pengkalan Chepa, Kelantan itu percaya jodoh menyatukannya mereka walaupun perkenalan terlalu singkat iaitu tidak sampai tiga bulan.

"Saya tak pernah jangka berkahwin dalam waktu terdekat, tetapi apabila suami ajak kahwin, semua dipermudahkan.

"Lagipun, umur saya menjangkau 30 tahun jadi saya fikir sampai masanya berkahwin.

"Saya terima suami kerana nampak dia seorang yang mementingkan agama dan menjaga solat," katanya.

Nur Eliani berkata, dia dan suami berkenalan di sebuah kafe dalam pertemuan tidak dirancang.

"Saya suka lepak minum dan mengunjungi mana-mana kafe pada hari tak bekerja untuk 'mengopi'.

"Pada satu hari, saya ke sebuah kafe dan minum macam biasa dan kebetulan, dia kerja di situ sebagai juruwang.

"Waktu nak bayar, dia minta Instagram (IG) saya dan hantar mesej untuk ajak keluar cuma saya tak balas malah banyak mengelak.

"Sampai satu hari, saya ajak seseorang pergi sarapan, tetapi tiada rakan ber kelapangan jadi cuba ajak suami dan dia setuju.

"Seingat saya pada 17 Jun lalu dan itu kali pertama kami keluar bersama dan bersembang," katanya.


PASANGAN Nur Eliani dan Karacay diraikan sahabat dan ahli keluarga pada majlis perkahwinan mereka. FOTO Ihsan Nur Eliani Mohd Asmadi


Menurutnya, suami enggan berkawan lama dan ajak berkahwin kerana mahu segera menghalalkan hubungan mereka.

"Dia (suami) tak suka dating, bagi dia berdosa jadi pada hari dia ajak kahwin, saya terus hubungi ayah.

"Ayah setuju cuma dia tanya latar belakang suami dan minta gambar namun emak sebaliknya apabila minta saya fikir masak-masak sebelum membuat keputusan kerana bimbang banyak masalah di kemudian hari nanti.

"Berkat restu ibu bapa, kami bernikah pada 27 September cuma keluarga tak dapat datang kerana adik pun nikah bulan ini jadi tak sempat.

"Sedih dan waktu buat panggilan video ketika akad nikah, saya nampak ayah sebak, tapi bersyukur kerana semua berjalan lancar daripada awal hingga akhir majlis," katanya.


NUR Eliani bahagia menetap di Turkiye bersama suaminya. FOTO Ihsan Nur Eliani Mohd Asmadi


Berkongsi perihal pasangan, Nur Eliani berkata, suaminya seorang yang romantik dan dia tiada masalah menyesuaikan diri dengan pasangan serta keluarga mentua.

"Tak ada masalah kahwin dengan lelaki warga asing cuma cabaran saya daripada segi bahasa.

"Ini kerana suami tak berapa fasih bahasa Inggeris jadi kami banyak berkomunikasi melalui Google Translate.

"Tapi ada hikmahnya juga kerana ada kalanya nak bergaduh mulut, tapi tak jadi kerana suami tak faham apa saya katakan," katanya.

Seperti pasangan lain, Nur Eliani juga berharap perkahwinannya diberkati dan bahagia hingga ke syurga.

"Tak sangka perkongsian di TikTok dapat perhatian dan komen positif hingga ada nak jadikan kisah saya inspirasi," katanya.


Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ek-klate-di-turkiye


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2023 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
@edaylidiz
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2024 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Byk gak yg kawen turkey ni ye...nak2 ummah konoha sana... Rajin dorang bervlog n YouTube bagai ..
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 10:59 AM | Show all posts
boleh baiki keturunan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 08:21 AM GMT+8 , Processed in 0.043848 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list