CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11462|Reply: 0

[Pulau Pinang] Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai pingat, darjah kebesaran Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 13-10-2023 04:33 PM | Show all posts |Read mode
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai pingat, darjah kebesaran Pulau Pinang


Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - Oktober 13, 2023 @ 4:29pm [email protected]




Datuk Dr Zulkapli Mohamed (kiri) dan Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain antara penerima DGNP.




GEORGETOWN: Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Dr Zulkapli Mohamed mendahului senarai 1,117 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-74 Yang di-Pertua Negeri, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.

Zulkapli, 58, berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 31 tahun dengan jawatan pertama yang disandang adalah sebagai Penolong Setiausaha di Bahagian Latihan, JPA pada 1 Disember 1992.

Selain Zulkapli, dua lagi individu iaitu bekas Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Datuk Seri Tun Abd Majid Tun Hamzah dan Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad, Datuk Indera Baharin Din turut menerima DPPN yang membawa gelaran Datuk Seri.

Dalam pada itu, seramai 27 individu menerima Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN) yang membawa gelaran Datuk Seri antaranya Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain; Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan bekas Pengerusi Kebangsaan Sayap Wanita DAP, Chong Eng.

Turut menerima DGPN ialah Pengerusi Penang Port Sdn Bhd (PPSB), Datuk Syed Mohamad Syed Murtaza dan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman dan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Mohd Sayuthi Bakar.

Sementara itu, seramai 15 individu menerima Darjah Mulia Pangkuan Negeri (DMPN) serta 93 penerima Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) yang membawa gelaran Datuk.

Selain itu, seramai 74 individu menerima Darjah Johan Negeri; Bintang Cemerlang Negeri (14); Pingat Kelakuan Terpuji (168); Pingat Jasa Kebaktian (298); Pingat Jasa Masyarakat (399) dan Pingat Bakti Setia (26).

Menurut Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Law Choo Kiang, Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang 2023 akan berlangsung selama empat hari bermula esok hingga Rabu ini kecuali Ahad.

Beliau berkata istiadat penganugerahan berkenaan yang diadakan bersempena hari ulang tahun Ahmad Fuzi yang disambut secara rasmi pada 8 Julai lalu sebelum ini ditangguhkan bagi memberi laluan Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-15.

"Acara sambutan akan dimulakan dengan Istiadat Kawalan Kehormatan Utama di Dataran Sri Pinang dengan sebanyak 17 das tembakan meriam akan dilepaskan semasa istiadat berlangsung," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 03:06 PM GMT+8 , Processed in 0.045324 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list