CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5104|Reply: 0

[Pulau Pinang] Sedar kepentingan ada lesen memandu B2

[Copy link]
Post time 13-10-2023 11:30 AM | Show all posts |Read mode
Sedar kepentingan ada lesen memandu B2


Nur Izzati Mohamad
[email protected]



Peserta Program Lesen Memandu B2 (MyLesen), Hamzah Idris, 62, gembira buat pertama kali memiliki lesen memandu pada Malis Perasmian Penutup Program MyLesen Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Peringkat Negeri Pulau Pinang di Midtown PERDA, Kubang Menerong di sini. FOTO DANIAL SAAD




Kepala Batas: Hampir 50 tahun menunggang motosikal tanpa lesen memandu kini seorang lelaki mahu mematuhi peraturan jalan raya demi keselamatan diri serta ahli keluarganya.

Hamzah Idris, 62, dari Changkat, Nibong Tebal, berkata selama ini dia hanya menunggang motosikal di kawasan kampung dan tidak pernah tidak mengambil berat soal lesen memandu.

Menurutnya, pada masa sama pendapatan bekerja kampung yang tidak seberapa juga menyukarkannya mengambil lesen memandu berikutan tiada kemampuan kewangan.

"Jika hendak ke bandar, saya menggunakan bas dan hanya menunggang motosikal dalam kawasan kampung sahaja.

"Apabila berfikir sampai bila saya nak lalui keadaan seperti ini, tambahan pula saya kerap membawa cucu, lesen memandu itu sangat penting," katanya.

Hamzah berkata demikian ketika ditemui selepas memperoleh lesen memandu menerusi Program Lesen Memandu B2 (MyLesen) JPJ Peringkat Pulau Pinang, di sini, semalam.

Turut hadir, Pengarah JPJ Pulau Pinang Adenan Md Isa.

MyLesen adalah program bantuan lesen percuma oleh kerajaan khusus kepada golongan B40 seluruh negara.



Disiarkan pada: Oktober 13, 2023 @ 11:25am








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 05:45 PM GMT+8 , Processed in 0.448842 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list