CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2712|Reply: 0

[Selangor] Empat lelaki gagal cubaan samun berparang diburu polis

[Copy link]
Post time 12-10-2023 04:37 PM | Show all posts |Read mode

Kereta milik lelaki warga emas yang hampir disamun di kawasan perumahan USJ 12, Subang Jaya, semalam.

SUBANG JAYA – Polis memburu empat lelaki yang disyaki mencederakan serta melakukan cubaan samun terhadap seorang lelaki warga emas di kawasan perumahan USJ 12, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan daripada mangsa yang berusia 66 tahun berhubung kejadian itu pada pukul 9.33 malam.

Katanya, mangsa berdepan cubaan samun daripada empat orang lelaki yang menaiki dua buah motosikal jenis Yamaha Y15 denganbersenjatakan sebilah parang.

“Suspek pada mulanya cuba merampas kereta jenis Toyota Camry milik mangsa namun gagal kerana mangsa melawan.

“Hasil siasatan awal mendapati, suspek telah mengekori mangsa yang baru pulang ke rumah. Akibat pergelutan dengan suspek, mangsa mengalami kecederaan luka di pipi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Wan Azlan, usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Jelas beliau, mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung kejadian cubaan samun itu diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Mohammad Faiz Naufal Zakaria di talian 019-4858907 atau tampil ke balai polis berhampiran. -KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... arang-diburu-polis/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 12:04 AM GMT+8 , Processed in 0.041047 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list