View: 4173|Reply: 0
|
Isu gaji rendah konstabel sudah dibincang KDN – Saifuddin
[Copy link]
|
|
Saifuddin ketika sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan KDN, hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/ KOSMO!
PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) sentiasa berusaha mencari jalan keluar khususnya berkaitan isu gaji bersih seorang konstabel polis di negara ini.
Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, isu itu sudah pun dibincangkan di peringkat dalaman KDN termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Malah, beliau berkata, isu berkenaan juga sudah sampai ke pengetahuannya.
“Sudah tentu kita akan berusaha dan mencari ikhtiar serta jalan keluar bagi mencari jawapan terhadap isu berkenaan,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan KDN, di sini hari ini.
Ditanya sama ada isu gaji itu akan dimasukkan dalam pembentangan Belanjawan 2024 esok, Saifuddin berkata, beliau akan melihat semula perkara itu kerana permohonan Belanjawan 2024 oleh KDN sudah pun dimuktamadkan.
“Permohonan Bajet (Belanjawan) 2024 oleh KDN iaitu membabitkan emolumen, operasi dan pembangunan sudah pun dimuktamadkan. Kita akan tengok nanti bagaimana, saya tidak mahu membuat sebarang kenyataan pra-matang mengenainya,” katanya.
Sebelum ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd Zain mendedahkan gaji bersih bagi anggota berpangkat konstabel polis adalah sekitar RM1,441.
Menurutnya, tahap gaji sedemikian boleh dianggap sebagai golongan B40 dan ia sesuatu yang sangat menyedihkan ditambah pula dengan kos sara hidup sekiranya mereka tinggal di bandar. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... cang-kdn-saifuddin/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|