|
PERBUALAN pengadil VAR dan pegawai di atas padang akan lebih telus jika didengari penonton. FOTO AFP
London: Ketua Eksekutif Persatuan Bolasepak England (FA), Mark Bullingham berkata pihak berkuasa sukan itu mungkin meneliti sama ada keputusan Video Bantuan Pengadil (VAR) boleh disiarkan secara langsung.
Liga Perdana Inggeris (EPL) digemparkan dengan kesilapan VAR baru-baru ini yang menyaksikan gol pemain Liverpool, Luis Diaz dinafikan dalam kekalahan 1-2 mereka kepada Tottenham.
Kesilapan itu berpunca daripada salah komunikasi antara pengendali VAR dan pegawai di padang, mencetuskan seruan supaya perbualan sedemikian dimainkan semasa siaran langsung di televisyen pada masa akan datang.
Siaran langsung perbualan antara pegawai dan pengendali VAR kini dilarang di bawah undang-undang bola sepak.
Bagaimanapun, Bullingham, yang juga pengarah di Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (IFAB) yang mempunyai kuasa untuk mengubah undang-undang permainan, berkata organisasi itu sudah membincangkan perkara itu.
"Secara amnya terdapat percanggahan pendapat kerana perkara itu, dan selalunya ia adalah antara pemasaran dan orang komersial dan pengadil," katanya.
"Pandangan kami, dari perspektif pemasaran dan komersial, biasanya ketelusan adalah perkara yang sangat baik, dan kami mahu peminat mendapat pengalaman maksimum."
Bullingham berkata, Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) sedang membuat ujian, di mana pengadil mengumumkan dan menjelaskan hasil semakan di atas padang adalah dan ia langkah ke arah yang betul.
Bullingham said an ongoing FIFA trial where referees announce and explain the outcome of an on-field review is a "step in the right direction."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... kan-secara-langsung |
|