View: 1315|Reply: 1
|
[Perak]
Anak tiri jadi mangsa nafsu serakah
[Copy link]
|
|
Seorang petani, 41, (baju oren) mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan merogol anak tirinya yang juga kanak-kanak bawah umur, minggu lalu. FOTO MUHAMMAD ZULSYAMINI SUFIAN SURI
Kuala Kangsar: Seorang petani mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, tadi, atas pertuduhan merogol anak tirinya yang juga kanak-kanak bawah umur minggu lalu.
Tertuduh lelaki berumur 41 tahun itu membuat pengakuan terbabit sejurus pertuduhan terhadapnya dikemukakan di hadapan Hakim Rohaida Ishak.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol mangsa berusia 11 tahun tiga bulan di pondok dalam kebun di kawasan Air Ganda, Gerik, Hulu Perak kira-kira jam 3 petang 3 Oktober lalu.
Kesalahan itu boleh dihukum mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum lapan tahun namun tidak melebihi 30 tahun dan sebatan yang tidak kurang daripada 10 sebatan.
Pertuduhan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Firdaus Nor Azlan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Tiada jaminan ditawarkan pihak pendakwaan berikutan mangsa kes adalah anak tiri tertuduh.
Tertuduh meminta jaminan ditawarkan berikutan dia yang bekerja kampung menjaga isterinya yang juga ibu mangsa, yang menghidap darah tinggi selain turut menjaga ibu tirinya yang lumpuh.
Namun mahkamah tetap membenarkan permintaan pihak pendakwaan supaya tiada jaminan ditawarkan.
Hakim turut menetapkan 15 November depan sebagai tarikh untuk sebutan semula kes sementara proses lantikan peguam tertuduh dan juga laporan perubatan mangsa diperolehi.
Terdahulu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri dilaporkan media berkata, pihaknya menahan seorang lelaki selepas disyaki merogol anak tirinya yang juga kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun sejak tiga tahun lalu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... angsa-nafsu-serakah |
|
|
|
|
|
|
|
puki mak nya kau tala
lepas tu puki anak tiri kau taram
aku minta dalam penjara nanti biar jubur kau kena sula berjemaah
baru kau rasa |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|