CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 359|Reply: 0

[Kedah] KPDN patahkan cubaan seludup 1,500 liter petrol ke Thailand

[Copy link]
Post time 11-10-2023 09:24 PM | Show all posts |Read mode
KPDN patahkan cubaan seludup 1,500 liter petrol ke Thailand


Oleh Zuliaty Zulkiffli - Oktober 11, 2023 @ 9:06pm [email protected]




Tong plastik berisi petrol ditemui di lokasi dipercayai dikumpulkan untuk diseludup ke negara jiran - Foto Ihsan KPDN Kedah




PADANG TERAP: Cubaan menyeludup 1,500 liter minyak petrol ke negara jiran gagal apabila pihak berkuasa menemui tiga kenderaan yang ditinggalkan yang mengandungi bahan api itu di tiga lokasi berhampiran pintu sempadan negara, di Durian Burung, di sini hari ini.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah, Affendi Rajini Kanth berkata, tiga lokasi itu dipercayai menjadi tempat simpanan sementara minyak petrol itu sebelum diseludup ke negara jiran.

Beliau berkata, serbuan dilakukan berdasarkan aduan daripada penduduk setempat dan juga hasil risikan yang dilakukan oleh pegawai KPDN Kedah sebelum ini.

"Pasukan penguat kuasa kami menemui tiga buah kenderaan tanpa pemilik yang diletakkan di kawasan berkenaan bersama bekas plastik yang dipercayai diisi petrol.

"Kesemua kenderaan terbabit juga sudah diubah suai dan didapati mempunyai tangki tambahan untuk menyimpan minyak petrol," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Affendi berkata, dua buah kenderaan bernombor pendaftaran Thailand dan sebuah kenderaan bernombor pendaftaran tempatan disita dengan anggaran bernilai RM20,000 untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, selain itu, hasil pemeriksaan di dua lagi lokasi berhampiran turut menemukan sejumlah bekas plastik dipercayai berisi petrol.

"Keseluruhan bahan api yang disita dianggarkan lebih 1,500 liter dengan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM3,100.

"Nilai rampasan keseluruhan sitaan dianggarkan berjumlah RM23,100," katanya.

"Tindakan tegas akan diambil termasuklah mendakwa mereka di mahkamah berdasarkan peruntukan undang-undang di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) dan Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) (Akta 613)

"Jika disabitkan dengan kesalahan di bawah Akta 613 ini boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 15 tahun dan juga boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau lima juta ringgit yang mana lebih tinggi," katanya.

Affendi berkata, orang ramai boleh menyalurkan sebarang maklumat mencurigakan melalui saluran-saluran seperti Portal e-aduan 20 http://eaduan.kpdn.gov.my atau Call Centre 1-800-886-800, E-mel [email protected] atau Aplikasi EZ ADU KPDN.

Beliau berkata, selain itu maklumat boleh disalurkan juga melalui Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) 03-88826088/6245 atau WhatsApp 019-848 8000 dan 019-279 4317 serta Pejabat KPDN Kedah 04-7001745.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 05:56 PM GMT+8 , Processed in 0.042787 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list