KANGAR: Bekas tentera didakwa di Mahkamah Majistret hari ini kerana membunuh isterinya yang juga jururawat Hospital Tuanku Fauziah, bulan lalu.
Tertuduh, Indera Zailan Mohamad, 38, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Nor Haliza Md Ali.
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh berikutan kes di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh
Munirah Abu Bakar di sebuah rumah di Batu 3/4 Jalan Padang Nyu, Arau antara 10 malam hingga 6.55 pagi, 30 September lalu.
Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh digantung sampai mati atau penjara tidak lebih 40 tahun atau sebatan tidak kurang 12 sebatan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Asyraf Md Kamal dan Mohd Izham Ali, manakala tertuduh diwakili peguam Hari Prassaad Rao.
Mahkamah menetapkan 17 November depan untuk sebutan semula kes.
Media sebelum ini melaporkan,
seorang jururawat ditemui maut dengan kesan tikaman di dada kiri dipercayai ditikam dengan pisau di rumahnya.
Kejadian berlaku bermula dengan pergaduhan antara tertuduh dan mangsa di ruang tamu, ketika mangsa sedang bersiap untuk ke tempat kerja.