CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2580|Reply: 0

[Kedah] Geng Tikus tumpas

[Copy link]
Post time 10-10-2023 05:13 PM | Show all posts |Read mode

Zaidy (kiri) menunjukkan gambar lori serta minyak diesel yang dirampas. FOTO ZULIATY ZULKIFFLI

Sungai Petani: Kegiatan licik Geng Tikus yang melakukan kegiatan penyelewengan diesel bersubsidi untuk dijual ke sempadan negara jiran sejak lima bulan lalu akhirnya kecundang apabila mereka dicekup, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, turut ditahan lelaki tempatan berusia 49 yang juga dalang sindiket, serta 12 lagi ahli terdiri daripada sembilan warga tempatan dan tiga warga Myanmar.

Beliau berkata, kesemua mereka berusia antara 35 hingga 49 tahun dipercayai melakukan kegiatan itu di beberapa stesen minyak di daerah ini selepas premis menutup operasi pada tengah malam.

"Serbuan dilakukan di sebuah premis di kawasan Perindustrian MIEL Bukit Makmur, dua stesen minyak di Sungai Lalang dan taman perumahan Laguna di Merbok.

"Dalam serbuan ini, kita merampas dua lori jenis treler, lapan lori kecil, kenderaan pacuan empat roda, dua tangki berkapasiti 20,000 litter serta beberapa peralatan menyeleweng minyak di semua premis berkenaan," katanya pada sidang media di IPD Kuala Muda, di sini hari ini.

Katanya, serbuan dilakukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda serta 19 pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah dalam Op SUBDI antara 1 tengah hari hingga 5.30 petang semalam.

Zaidy berkata, sebanyak 74,600 liter diesel dianggarkan bernilai RM162,628 dirampas.

Beliau berkata, kesemua barangan yang dirampas kemudian disita untuk tindakan lanjut dan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM459,628.

Zaidy berkata, modus operandi sindiket adalah membeli diesel bersubsidi di stesen minyak sekitar Kuala Muda menggunakan lori jenis satu dan tiga tan yang sudah diubah suai.

Beliau berkata, aktiviti pembelian diesel dilakukan 24 jam setiap hari dan lori berkenaan akan kembali ke gudang untuk memindahkan diesel ke dua tangki masing-masing berkapasiti 20,000 liter.

"Kemudian diesel dipindahkan ke lori kontena berkapasiti 42,000 liter setiap lori dan dijual di beberapa lokasi di stor minyak di kawasan sempadan Malaysia-Thailand," katanya.

Beliau berkata, siasatan mendapati, kawasan gudang itu adalah transit untuk pemindahan diesel.

"Gudang itu pernah diserbu polis tiga bulan lalu namun mereka masih menjalankan kegiatan itu.

"Sembilan individu yang dipercayai pemandu lori dibebaskan dengan jaminan polis manakala pemilik premis serta tiga warga asing masih ditahan reman dua hari untuk membantu siasatan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... 0/geng-tikus-tumpas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 06:24 PM GMT+8 , Processed in 0.046042 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list