CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3073|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] MTL dijangka bermula November hingga Mac tahun depan

[Copy link]
Post time 10-10-2023 04:47 PM | Show all posts |Read mode

FOTO HIASAN

Kuala Lumpur: Monsun Timur Laut (MTL) dijangka bermula November ini dan berakhir pada Mac tahun depan, selain kebanyakan model iklim antarabangsa menunjukkan kitaran atmosfera di kawasan tropika konsisten dengan keadaan El-Nino yang dijangka berlarutan sehingga Mac 2024.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) Muhammad Helmi Abdullah berkata, fenomena El Nino mampu menyebabkan cuaca lebih panas dan kering berpanjangan seterusnya mencetus gelombang haba.

Menurutnya, ia juga boleh mengurangkan jumlah hujan sekali gus menyebabkan kebakaran hutan berlaku sekiranya aktiviti pembakaran terbuka tidak dikawal.

"Dalam tempoh MTL kali ini, empat hingga enam episod hujan lebat yang signifikan dijangka berlaku dan boleh mengakibatkan banjir iaitu dari November ini hingga Februari tahun depan.

"Di Kelantan, Terengganu dan Pahang, episod hujan lebat berlaku antara November hingga Disember 2023, manakala mulai Disember ini hingga Januari tahun depan, episod hujan lebat dijangka lebih tertumpu di Johor, Sabah dan Sarawak," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, selain itu hujan berterusan juga boleh berlaku di negeri pantai barat sekiranya luruan monsun kuat atau kewujudan sistem tekanan rendah di rantau negara.

"Kebanyakan tempat dijangka mengalami jumlah hujan bulanan pada paras purata pada MTL 2023/2024 kecuali di beberapa kawasan di Sabah dan utara Semenanjung serta kawasan pedalaman yang turut dijangkakan menerima hujan sedikit bawah purata pada penghujung MTL," katanya.

Penganjuran forum ini menunjukkan kerajaan kekal komited dalam usaha meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi bencana alam terutamanya semasa MTL dan juga kesan fenomena El Nino terhadap cuaca di negara ini demi kesejahteraan rakyat dan negara.

Dalam pada itu, beliau berkata, METMalaysia menganjurkan Forum Iklim Kebangsaan 2023 yang bertemakan Waspada El Nino Hadapi Monsun Timur Laut secara maya, hari ini yang dirasmikan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad.

Katanya, forum itu bertujuan meningkatkan pemahaman mengenai cuaca dan iklim di kalangan pihak pengurusan bencana, media dan orang awam terutamanya semasa MTL.

"Dalam ucapan perasmiannya beliau berkata tema itu dipilih susulan keadaan El Nino yang sedang melanda dunia dan dijangka meningkat intensitinya bermula penghujung tahun ini sehingga awal tahun hadapan.

"Ditambah dengan faktor pemanasan global yang sedang dihadapi dunia sejak akhir-akhir ini, kesan fenomena El Nino dijangka akan menjadi lebih ekstrem berbanding episod-episod terdahulu dengan peningkatan suhu dan pengurangan jumlah taburan hujan di seluruh negara," katanya.

Muhammad Helmi berkata, selain itu, beliau turut menyeru supaya agensi yang terbabit dalam pengurusan kebakaran hutan dan tanah gambut memanfaatkan sistem Fire Danger Rating System (FDRS) yang dibangunkan oleh METMalaysia.

"FDRS adalah sistem ramalan awal bagi memantau kemungkinan berlakunya kebakaran hutan dan tanah gambut di negara kita.

"Kini, ia ditambah baik dengan keupayaan untuk menyediakan maklumat ramalan sehingga tujuh hari ke hadapan berserta capaian kepada Web Map Service (WMS) yang membolehkan sistem ini bersifat interaktif dan mesra pengguna," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... gga-mac-tahun-depan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25340 Replies : 134
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18760 Replies : 25
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 142756 Replies : 1513
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 192009 Replies : 7049
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24172 Replies : 15
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112803 Replies : 4942
KERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fans FATTAH AMIN menuduh family fazura gunakan MAK ESAH terhadap fattah dan tuduhan kematian TRAGIS ayah Fazura
FORUMCARIIIKERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fa
Views : 16666 Replies : 339
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 31311 Replies : 43
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15474 Replies : 22
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29033 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 07:21 PM GMT+8 , Processed in 0.059299 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list