CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2962|Reply: 0

[Selangor] Kakak ugut adik dengan pedang mengaku tak bersalah

[Copy link]
Post time 10-10-2023 04:46 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR HIASAN

Shah Alam: Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap adik lelakinya.

Tertuduh, Nornazzatul Afida Zolkhifli, 33, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sasha Diana Sabtu.

Mengikut kertas pertuduhan, Nornazzatul Afida didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengacukan pedang bagi mendatangkan ketakutan terhadap adik lelakinya yang berusia 27 tahun.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 3.15 petang di sebuah rumah di Kampung Melayu, Batu 13, Sungai Buloh, Ahad lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian membenarkan Nornazzatul Afiza diikat jamin RM4,000 dan sebutan semula kes ditetapkan pada 12 Disember depan.

Media sebelum ini melaporkan seorang wanita tergamak mahu menetak adik kandungnya dalam kejadian pergaduhan di rumah mereka di Kampung Melayu, Sungai Buloh.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa'aton Abu Bakar dilaporkan berkata, polis yang menerima panggilan mengenai kejadian segera ke lokasi dan menahan suspek serta merampas pedang berukuran 0.9 meter yang digunakannya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... engaku-tak-bersalah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25340 Replies : 134
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18760 Replies : 25
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 142756 Replies : 1513
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 192009 Replies : 7049
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24172 Replies : 15
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112803 Replies : 4942
KERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fans FATTAH AMIN menuduh family fazura gunakan MAK ESAH terhadap fattah dan tuduhan kematian TRAGIS ayah Fazura
FORUMCARIIIKERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fa
Views : 16666 Replies : 339
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 31311 Replies : 43
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15474 Replies : 22
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29033 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 07:24 PM GMT+8 , Processed in 0.070341 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list