CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2462|Reply: 0

[Melaka] Lelaki didenda RM12,000, mengaku salah memperdaya dua wanita

[Copy link]
Post time 10-10-2023 03:46 PM | Show all posts |Read mode

AHMAD Saifullah didenda RM12,000 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh atas pertuduhan menipu dua wanita berkaitan tawaran pinjaman tidak wujud dan menyimpan gambar lucah. FOTO Meor Riduwan Meor Ahmad

Melaka: Lelaki didenda RM12,000 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas tiga pertuduhan memperdaya dua wanita berkaitan tawaran pinjaman wang tidak wujud dan menyimpan gambar lucah sejak Mac lalu.

Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman menjatuhkan hukuman itu selepas menerima pengakuan bersalah Ahmad Saifullah Abdul Khalid, 33, dan mensabitkannya dengan pertuduhan.

Dalam penghakimannya Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman turut menimbangkan fakta kes, rayuan dan hujah pemberatan hukuman oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Asnini Kamarudin.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didapati menipu dua wanita berusia 19 dan 33 tahun dengan memperdaya mereka untuk mempercayai tawaran pinjaman tidak wujud bernilai RM300 dan RM2,000, masing-masing hingga mendorong mangsa melakukan hubungan seks dengannya.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah hotel di Jalan PM4 Plaza Mahkota pada 21 Mac lalu, jam 12.40 tengah malam dan sebuah rumah di Jalan Tebing Tinggi, Bukit Baru pada 1 Oktober lalu, kira-kira 11 pagi.

Oleh demikian, tertuduh didakwa melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan (KK) membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa memiliki tujuh keping gambar lucah dalam telefon bimbit di sebuah sekolah maahad di Bukit Lintang, di sini, pada 3 Oktober lalu, jam 1.56 tengah hari.

Dia didakwa mengikut Seksyen 292 (a) KK yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes tertuduh berkenalan dengan mangsa melalui aplikasi WhatsApp dan Omi sebelum memperdaya mereka dengan menawarkan pinjaman dengan mengenakan syarat perlu melakukan hubungan seks dengannya.

Bagaimanapun selepas melakukan mengadakan seks, mangsa tidak menerima pinjaman seperti ditawarkan.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu dikenakan hukuman ringan dengan alasan menanggung isteri masih belajar, dua anak kecil serta ibu bapa.

Katanya dia juga sudah bertaubat dan berjanji tidak mengulangi kesalahan itu.

Nor Asnini bagaimanapun memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.

Selepas meneliti hujah kedua pihak, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM3,500 atau tiga bulan penjara jika gagal membayar bagi setiap pertuduhan Seksyen 417 KK selain denda RM5,000 atau 10 bulan penjara bagi pertuduhan memiliki bahan lucah.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... mperdaya-dua-wanita
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25340 Replies : 134
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18760 Replies : 25
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 142756 Replies : 1513
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 192009 Replies : 7049
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24172 Replies : 15
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112803 Replies : 4942
KERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fans FATTAH AMIN menuduh family fazura gunakan MAK ESAH terhadap fattah dan tuduhan kematian TRAGIS ayah Fazura
FORUMCARIIIKERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fa
Views : 16666 Replies : 339
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 31311 Replies : 43
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15474 Replies : 22
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29033 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 07:19 PM GMT+8 , Processed in 1.016281 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list