CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4244|Reply: 6

Lelaki Terbeban Ibu Paksa Beri RM300 Sebulan Sampai Sentiasa rasa 'Sesak'

[Copy link]
Post time 10-10-2023 01:46 PM | Show all posts |Read mode
Seorang pemuda mengakui dirinya rasa terbeban untuk memberikan sebahagian daripada gaji bulanannya kepada ibunya.


“Mak aku setiap bulan akan paksa aku bagi RM300 pada dia.


“Aku kadang-kadang sampai 'sesak' setiap bulan. Tapi nak atau tidak, memang akan bagi juga pada mak,” katanya.


Gambar Hiasan: The Star




Bukan itu sahaja, keperluan rumah turut dibelikan sehingga kadang kala dia tidak mempunyai baki yang mencukupi untuk perbelanjaan peribadi.


“Barang rumah pun aku beli,” luahnya di laman X.


Namun selepas dua tahun bekerja, dia berdepan dengan situasi yang tidak disangka-sangka apabila terpaksa berhenti kerja.


Keadaan itu menyebabkan dia tidak mempunyai sumber pendapatan dan sukar mencari pekerjaan lain.


Namun, sesuatu di luar jangkaan berlaku apabila ibunya yang selama ini sering meminta wang setiap bulan membenarkannya untuk mengeluarkan wang simpanan daripada akaun bank wanita itu.


“Hari tu aku kena berhenti kerja, mak aku bagi kad bank. Rupanya mak aku minta RM300 tu untuk buat tabung aku.


“Dalam kad (bank) tu ada RM7,800,” katanya lagi.


Menurutnya, wang simpanan ibunya sedikit-sebanyak dapat membantunya dalam urusan harian sementara mendapatkan pekerjaan baharu.


Menerusi luahan yang dikongsikan seorang pelayar X itu, tiada siapa dapat menyangka rupa-rupanya wang simpanan ibu untuk rancangan kewangan terutama ketika kecemasan.


"Mak adalah perancang kewangan yang sebenar," katanya ringkas menerusi satu ciapan.


Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan kebanyakannya menyatakan tidak semua ibu bapa berperangai toksik dan hanya bergantung sepenuhnya pada anak-anak.


Mana tidaknya, sejak kebelakangan ini media sosial dipenuhi dengan luahan anak muda yang terpaksa memberikan sejumlah wang kepada ibu bapa mereka meskipun terbeban dengan kos sara hidup sendiri.


“Banyak pula kisah anak-anak bekerja dan berhadapan dengan ibu bapa yang memeras duit sampai mereka tak cukup setiap bulan hingga tiada simpanan. Bukan semua ibu bapa adalah 'toksik'.


“Ada mak ayah yang tak mahupun duit anak-anak, tapi ambil sebab nak biar duit gaji anak-anak berkat.


“Mungkin dia boros, sebab itu mak dia buat 'simpanan paksaan' macam tu.


“Sama macam ibu saya, setiap bulan minta RM1,000 untuk simpan. Alhamdulillah, duit tu saya dapat guna untuk kahwin tahun lepas,” ujar beberapa warga maya. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2023 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Plot twist la citer ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2023 03:33 PM | Show all posts
alah, takat 3ratus apa la sangat...

anak jantan lg berat tangungjawb nye kan..

nk bg mak berkira, tp wedding gah mcm retis boleh pulak?
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2023 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau gaji 900 mmg la trbeban.so anak dlm cerita ni gaji brp sebulan?
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2023 09:44 PM | Show all posts
Well in my opinion this should be more promoted like jamaican cerasse tea is famous in Europe
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 09:41 AM | Show all posts
dalam baik aku cakpa 'itula..skrg ni takat gaji gitu tak cukupnya. atleast kena tambah 200 top up ok? eh dia mcm...ok ok bole. kalau tak takdenya nk menyimpan. duit tu akak bole simpan diorg bole guna bila perlu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-10-2023 11:47 AM | Show all posts
manehnya replied at 10-10-2023 03:33 PM
alah, takat 3ratus apa la sangat...

anak jantan lg berat tangungjawb nye kan..

baca sampai habis tak? mak dia tak guna pun duit tu, masa dia berhenti kerja mak dia kasi kad bank ada 7k dalam tu hasil mak dia minta rm300 tiap bulan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 48982 Replies : 26
Saya dengan ini isytiharkan undang-undang tentera darurat," kata Encik Yoon dalam ucapan langsung di tv,Presiden Korea Selatan isytihar undang-undang tentera darurat
YgBenarSaya dengan ini isytiharkan undang-undan
Views : 4077 Replies : 3
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 257005 Replies : 7116
Jarah duit KWSP budaya kito:Pengeluaran akaun 3 KWSP cecah RM10.78 bilion
YgBenarJarah duit KWSP budaya kito:Pengeluaran
Views : 50388 Replies : 28
SNOW WHITE (2024)
SY_MumiSNOW WHITE (2024)
Views : 1986 Replies : 11
Isu keganasan Rumah Tangga zahnita
PenjaraPetaiIsu keganasan Rumah Tangga zahnita
Views : 11042 Replies : 276
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 92566 Replies : 933
Tragedi Disember, malu apa masuk la sini jap!
maklukpenggodaTragedi Disember, malu apa masuk la sini
Views : 47102 Replies : 21
Tular dakwaan orang ramai barangan sumbangan Khairul Aming telah diasingkan dan mangsa banjir dipercayai hanya menerima sebungkus biskut serta mi segera sahaja.
YgBenarTular dakwaan orang ramai barangan sumba
Views : 4892 Replies : 1
Banjir reda, 8 kematian dicatatkan
maklukpenggodaBanjir reda, 8 kematian dicatatkan
Views : 18896 Replies : 113

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 02:30 AM GMT+8 , Processed in 0.223732 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list