CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 941|Reply: 0

[Pulau Pinang] Dua termasuk wanita warga asing ditahan kes letupan di flat

[Copy link]
Post time 9-10-2023 08:05 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 9-10-2023 08:06 PM

Dua termasuk wanita warga asing ditahan kes letupan di flat

oleh    SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI   09 Oktober 2023    05:50pm







Polis sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian pada Ahad.




KEPALA BATAS - Dua rakan serumah iaitu seorang lelaki tempatan dan wanita warga asing ditahan bagi membantu siasatan berhubung satu kejadian letupan di sebuah flat di Butterworth pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie berkata, suspek lelaki berusia 32 dan rakannya 37 tahun ditahan di dua lokasi berbeza di kawasan flat berkenaan pada jam 8.30 malam hari sama.


Menurutnya, polis menerima panggilan kecemasan daripada seorang wanita pada jam 1.05 petang mendakwa terjumpa satu bungkusan dipercayai bahan letupan.

"Menurut saksi, sebelum itu, berlaku kejadian letupan pada jam 12.56 tengah hari di hadapan sebuah rumah di situ. Polis yang terdiri daripada unit pemusnah bom, forensik dan unit K9 kemudiannya telah bergegas ke lokasi kejadian.



"Hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati, bahan letupan tersebut adalah 'improvised explosive device'," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Kata beliau, susulan siasatan dijalankan, polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah SPU telah menahan sepasang rakan serumah di dua kawasan berbeza di Mak Mandin, Butterworth.


"Hasil soal siasat terhadap suspek lelaki telah membawa kepada penemuan satu lagi bom buatan sendiri. Kita juga merampas sepucuk pistol serta peluru buatan sendiri dan kerambit yang dijumpai di dalam beg suspek wanita.

"Suspek turut mengakui telah mempelajari cara membuat bom melalui laman sesawang di internet manakala bahan diperolehi melalui pembelian dalam talian," katanya.


Menurut beliau, kedua-dua suspek yang bekerja di sebuah kilang negatif dadah dan tiada rekod jenayah lampau.

"Kedua-duanya telah direman untuk membantu siasatan. Motif kejadian masih dalam siasatan namun siasatan mendapati, mereka ini tidak ada kena mengenai dengan aktiviti kumpulan pengganas.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957, Seksyen 8 Akta Bahan Letupan, Kakisan dan Senjata Berbahaya 1958 serta Seksyen 8 Akta Senjata 1960," katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 06:16 PM GMT+8 , Processed in 0.347843 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list