CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 17497|Reply: 34

Kad Kredit dn Penipuan

[Copy link]
Post time 18-1-2011 06:18 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Faaip_de_Oiad at 18-1-2011 18:21

salam, saya ada beberapa persoalan nk tanya kt sini harap kawan2 boleh membantu saya yg blur ini. saya ada menerima kad kredit maybank ikhwan islamic card. saya langsung tak apply , tiba2 sahaja kad ini dihantar kerumah saya. bapa saya ada membuat pinjaman dari maybank dan menggunakan nama saya. itu bukan halnya, persoalannya adalah mengenai kad tersebut. mengapa saya mendapatnya walaupon tak pernah apply?saya ada baca mengenai cara memohon kad tersebut kalau nk memoon kena disertakan slip gaji dsbnya sedangkan saya baru habis belajar dan belum bekerja? ok itu yg pertama.

kedua lepas saya dpt kad kredit tu saya dpt panggilan telefon katanya dari syarikat vector armada (kalau search kt google banyak yg cakap syakat ni scam, dan ramai telah terkena) . dia cakap saya bertuah kerana terpilih dalam 200 org pemegang kad kredit . dia tawarkan kad baucer sri vacation apa ntah lebih kurang mcm tu la. setelah bgtahu semua psal tu dia berkeras jugak kata saya kena amik kad tu, walopon saya taknak sbb kena bayar baru buleh pakai kad tu. kemudian dia berkeras gak suruh saya amik, saya pin fikir kalau tak guna tak payah bayar la kan. dia tnya alamat rumah katanya nk hantar pakai pos laju. saya dapat kad tu tak lama kemudian. bila dapat, saya baca2 la tgk, dia tulis kena bayar baru leh activate, tp saya ignore la tak bayar apa2 pon. bukannya nk guna.

kemudian dapat bil, dikenakan caj dalam kad kredit saya RM588 cmtu, wow wtf? saya langsung tak pernah sentuh kad kredit yg saya dapat tanpa apply tu tp kena bayar. how can it be? saya terkejut apasal saya tak pernah guna pun kad tu tp kena bayar. lepastu saya hantar balik kad kredit tu, kad vector armada bodoh tu pon hantar balik. kendian ptg td bank telefon tanya psal tu, taya saya guna tak kad tu? sya ckp tak guna dan dh hantar balik kad kredit tu. persoalannya account saya dh kira tutup ke kalau saya dh hantar balik kad tu? caj yg dikenakan tu camna? esok saya nk telefon semula maybank utk info y lebih lanjut. tolong bg seddikit pencerahan, saya tgh blur nie.

tujuan saya bukak thread ni adalah supaya org lain lebih berhati2 bila dapat panggilan sedemikian rupa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2011 06:59 PM | Show all posts
salah satu drpd strategi haram pihak bank dengan kroni2 nyer...camni lah cara depa...kalau x camner depa leh dapat detail TT kan.....

Nasihat supaya pergi ke mana2 Bank dan mintak supaya terminatekan kad tersebut....pasal bayaran tu tanya sekali dgn pihak Bank sbb TT tak setuju dengan tawaran dan tak pernah pun guna pun kad tu...main senang2 je depa nak charge....Hiiiiiiiiii.........
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2011 09:20 PM | Show all posts
Post Last Edit by andria at 18-1-2011 21:21
salam, saya ada beberapa persoalan nk tanya kt sini harap kawan2 boleh membantu saya yg blur ini. sa ...
Faaip_de_Oiad Post at 18-1-2011 18:18



TT, you dapat kad kredit tu walaupun tanpa memohon, kerana you kata ayah you ada buat pinjaman menggunakan nama you. Utk loan yg dah lulus, kadang2 pihak bank memang akan berikan kad kredit walaupun kita tak minta kerana pihak bank assume kita adalah orang yg mampu berbelanja menggunakan kad kredit (logiknya mcm tu la, mereka kata, mampu buat loan mahal2, mesti la mampu juga nak pakai kad kredit). Sewaktu TT dapat kad kredit tu dan TT memang tak mahu menggunakan kad kredit (regardless of whether you applied for it in the 1st place or not) tersebut, sepatutnya TT dah bawa kad kredit tu ke bank berkenaan, dan buat komplen kpd pihak bank. Beritahu pihak bank, TT tak pernah apply kad kredit tersebut dan TT tak nak guna kad kredit tersebut. kad kredit tu akan direvoke/dibatalkan atas permintaan TT (walaupun tindakan ini dianggap merugikan pihak bank).

Tentang bayaran $588 tu, ada tak TT tanya, itu bayaran utk apa? Sekiranya itu adalah bayaran utk kad vacation armada tu, TT boleh buat komplen kpd syarikat Armada tersebut, bagitahu mereka TT nak kensel kad tersebut. Sepatutnya TT tak terima kad itu in the 1st place, walaupun mereka mendesak. Itu hak TT utk berkata tidak. Confirmkan juga, adakah $588 tu adalah utk bayaran kad vacation tersebut? Sekiranya ia adalah bayaran utk kad vacation, TT buat komplen dulu kpd bank, beritahu yg TT tak pernah berikan kebenaran kpd sesiapa pun utk charge kad kredit TT. Minta pihak bank batalkan transaksi tersebut. Pihak bank boleh batalkan transaksi itu (tapi jangan tunggu terlalu lama).

Kemudian buat report kpd syarikat Armada, berikan nama sales executive yg memaksa TT utk beli/terima kad vacation Armada tersebut in the 1st place. Beritahu syarikat tersebut, jika syarikat tersebut tak filekan complaint dari TT, TT akan report ke Tribunal Pengguna. Biasanya, selepas kita membuat report kpd bank, dan bagitahu yg kita tak pernah approve any payment using the credit card, the bank akan batalkan mana-mana transaksi yg terlibat.

Tapi kalau TT memang tak mahu menggunakan langsung kad kredit yg TT dah dapat tu, terus minta pihak bank batalkan sajalah kad tu, habis cerita. Tapi sebelum batalkan, clearkan dulu mana2 payment yg ada, yg TT memang tak pernah approve penggunaannya. Kalau tak, payment tu akan still sangkut (plus interest) dan nama TT akan tersenarai sebagai penghutang kad kredit walaupun selepas kad kredit tu dah dihapuskan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2011 11:26 PM | Show all posts
fuh.....member try apply dulu pun x dapat, camne leh dapat tibe2 nie. macam ade bende x kene je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2011 11:59 PM | Show all posts
Post Last Edit by Faaip_de_Oiad at 19-1-2011 00:01

Reply 3# andria


Beritahu pihak bank, TT tak pernah apply kad kredit tersebut dan TT tak nak guna kad kredit tersebut. kad kredit tu akan direvoke/dibatalkan atas permintaan TT (walaupun tindakan ini dianggap merugikan pihak bank).


masa dapat tu saya agak blur dan confuse , hairan mcm mana boleh dapat tanpa apply apa2. rasanya sekitar bulan ogos atau september lepas saya dapat. terlambatkah untuk saya membatalkannya sekarang? selepas dapat akd tu saya langsung tak gunakannya, cuma pihak bank ada telefon tanya ada masalah tak. untuk beberapa bulan tak ada surat atau sebagainya menyusul ke rumah mintak dilakukan pembayaran sehinggalah kalau x silap saya bulan Disember baru dapat surat.

Tentang bayaran $588 tu, ada tak TT tanya, itu bayaran utk apa? Sekiranya itu adalah bayaran utk kad vacation armada tu, TT boleh buat komplen kpd syarikat Armada tersebut, bagitahu mereka TT nak kensel kad tersebut. Sepatutnya TT tak terima kad itu in the 1st place, walaupun mereka mendesak. Itu hak TT utk berkata tidak. Confirmkan juga, adakah $588 tu adalah utk bayaran kad vacation tersebut? Sekiranya ia adalah bayaran utk kad vacation, TT buat komplen dulu kpd bank, beritahu yg TT tak pernah berikan kebenaran kpd sesiapa pun utk charge kad kredit TT. Minta pihak bank batalkan transaksi tersebut. Pihak bank boleh batalkan transaksi itu (tapi jangan tunggu terlalu lama).


dalam bulan november sebelum raya haji saya dapat panggilan dari yg vacation ni. waktu dia telefon tu dia x bagitau pon dia dr syarikat apa. saya yg tak tahu apa2 ni ingat benda ni dari pihak bank dan ada kaitan dgn kad kredit tu. awalnya saya berkeras tak nak ambil sebab dia kata kena bayar RM500 lebih tu dan boleh guna untuk vacation blablabbla , sekali je bayar bleh guna seumur hidup. macam mana dia boeh tahu saya punya no. telefon dsbnya? last sekali saya pun kata ok, then dia mintak alamat rumah dan pos pakai pos laju. saya ingat kalau saya tak setuju nnt leh kensel mudah2 camtu je. baca kat surat yg dia bg beserta kad vacation tu dia kata bila bayar baru kad tu activate dan boleh guna. saya tak buat apa2 pembayaran pon. dan telah memulangkan kad tu. mengenai charge yg dikenakan tu saya pada mulanya tak pasti juga caj apa tp bila bank call tanya sama ada saya guna ke kad vector armada tu saya pon pelik? baru saya syak syarikat ni adalah scam (ada perbicagan di beberapa forum mengenai scam ni, sebijik spt yg saya kena). saya hanya dapat surat mintak dijelaskan pembayaran hanya sejak bulan Disember, sebelum dpt panggilan dari vector armada nie saya x dapat apa2 surat pun. thanks saya akan tanya mengenai hal ni kpd pihak bank esok.


Kemudian buat report kpd syarikat Armada, berikan nama sales executive yg memaksa TT utk beli/terima kad vacation Armada tersebut in the 1st place. Beritahu syarikat tersebut, jika syarikat tersebut tak filekan complaint dari TT, TT akan report ke Tribunal Pengguna. Biasanya, selepas kita membuat report kpd bank, dan bagitahu yg kita tak pernah approve any payment using the credit card, the bank akan batalkan mana-mana transaksi yg terlibat.


apa yg saya baca di beberapa website, ramai yg kata mereka gagal untuk menghubungi syarikat tersebut

Tapi kalau TT memang tak mahu menggunakan langsung kad kredit yg TT dah dapat tu, terus minta pihak bank batalkan sajalah kad tu, habis cerita. Tapi sebelum batalkan, clearkan dulu mana2 payment yg ada, yg TT memang tak pernah approve penggunaannya.


saya mmg tak mahu guna dan telah menulis surat dan memulangkan kad tu kpd pihak bank. adakah akan terbatal kalau buat demikian?

Kalau tak, payment tu akan still sangkut (plus interest) dan nama TT akan tersenarai sebagai penghutang kad kredit walaupun selepas kad kredit tu dah dihapuskan.


.pihak bank boleh ke detect sama ada pihak vector armada tu kenakan caj tanpa kebenaran saya? kalau boleh detect adakah saya kena jugak bayar ? ....sbb td masa pihak bank telefon dia tanya sama ada saya guna ke tidak? lepastu saya kurang jelas dia cakap apa td itu yg saya nk telefon pihak bank semula esok.

thanks andrea kerana reply
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2011 12:11 AM | Show all posts
salah satu drpd strategi haram pihak bank dengan kroni2 nyer...camni lah cara depa...kalau x camner depa leh dapat detail TT kan.....

Nasihat supaya pergi ke mana2 Bank dan mintak supaya terminatekan kad tersebut....pasal bayaran tu tanya sekali dgn pihak Bank sbb TT tak setuju dengan tawaran dan tak pernah pun guna pun kad tu...main senang2 je depa nak charge....Hiiiiiiiiii.........
medangmru Post at 18-1-2011 18:59


thanks saya akan tanya esok. sudahla pakai caj camtu je banyak yg kata tu sykt scam . agak2 apa tindakan pihak bank? saya taknak bayar benda yg saya x pakai.. kena report BNM ke? polis?

http://forum.lowyat.net/topic/744613

http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?p=3101738
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-1-2011 12:30 AM | Show all posts
Pasal company tu boleh dapat tau u ada credit card dgn bank mana, buat komplen dulu kat bank tu.  Cammana info u boleh terlepas kat diaorang.  Sebab tak semua staff bank bertanggungjawab.  Kalau jawapan tak memuaskan, laporkan kat Bank Negara sebab perbuatan memberi maklumat pelanggan (atau kata lain yg lebih tepat, jual maklumat pelanggan) kepada individu atau syarikat selain daripada bank itu sendiri tanpa kebenaran tetuan punya maklumat tu sebenarnya melanggar undang-undang, specifically Seksyen 67, Akta Perbankan & Institusi Kewangan 1989.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2011 01:12 AM | Show all posts
Reply 7# dan509


    thanks for the tips
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2011 09:39 AM | Show all posts
Reply 8# Faaip_de_Oiad


    seperkara lagi...

semasa membuat permohonan pinjaman... kadang2 pada borang permohonan ada section yg minta kita tandakan sama ada kita berminat utk buat kad kredit... ataupun apa2 promosi bank... yg ni byk pemohon yg takmo amik tahu atau tak perasan.. jadi officer bank sendiri yg tandakan sbb depa dapat komisyen..
jadi pada semua berhati2 ketika mengisi borang dan baca keseluruhan borang termasuklah nota2 kecil dibawah borang permohonan tersebut jika ada....
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2011 11:36 AM | Show all posts
Reply 6# Faaip_de_Oiad


   Buat aduan kepada BNM, supaya BNM boleh memantau dan mengambil tindakan ke atas bank. Kalau dibiarkan mungkin akan jadi kepada orang lain pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2011 11:36 AM | Show all posts
ku pun pernah dapat call dari diorang ni.. memang diorang berkeras tapi ku kata no. dan tutup line. sampai skang diorang tak call dah...

kemusykilan:
ko dapat card credit maybank tu, dan bila bil sampai, ko kena charge..
adakah ko dah activate maybank card tu sebelum vacation bodoh tu call?
kalau ko tak activate card, bank tak boleh charge apa-apa urusniaga pada ko pasal card tu masih belum active.. dan ko boleh ajukan perkara ni pada bank - saman pun boleh kut [ku agak je]..

tapi kalau ko dah active kad maybank kad:
walaupun ko dah pulangkan vacation card tu, amount tu ko tetap kena bayar sebab bank dah buat payment pada scam vacation tu melainkan ko minta balik duit pada diorang...

scammer ni berani buat sebab diorang tahu, at the end, consumer akan kalah kes...!! ku bukan nak kata, tapi banyak macam tu, sebab takde bukti nak dakwa dan pulangkan duit orang yang terkena.. paling kuat, company scammer tu tutup je...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2011 12:34 PM | Show all posts
Reply 11# oneders


    saya tak activate kan apa2, tak guna langsung pun. melalui apa yg saya baca bila diorang hantar kad tu ia terus active. (taktaw betul ke tidak). mmg scammer nie pandai, dia desak kita banyak2 kali, kemudian bila kita setuju terus dia charge kt situ. saya taktaw yg dia akan charge situ gak ingatkan kita hanya bersetuju utk terima kad sahaja (bila dia hantar kad ada situ cara pembayaran, dan kena bayar baru boleh activate).  saya dah tak boleh buat apa sebab dia rekod perbualan kita masa kita bersetuju . sini lah silap saya. mcm tu lah diorang menipu, bila kita call tanya psl transaksi diorang seolah2 mentertawakan kebodohan saya (yg dh kena tipu). saya dh call bank dan tak boleh berbuat apa2, kena bayar gak amount yg dh kena caj tu. saya dah terminate akaun tu. dan akan bayar semua caj tu. saya harap orang lain lebih berhati2 dan ambil iktibar dari apa yg berlaku ini. tima kasih kpd yg memberi nasihat,
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2011 12:52 PM | Show all posts
aik!? macam mana credit card boleh activate sendiri? macam mana kalau surat yang ada credit card tu diterima orang lain...? dah orang tu belanja kaw kaw dan akhirnya, pemunya card [rujuk pada ic] kena bayar...!? sepatutnya, kad yang kita peroleh mesti di activate oleh pemunya kad. sebab mereka akan tanya soalan soalan berkenaan pemunya, terutama nama ibu [kunci segala password]..

kalau betul maybank buat macam ni [hantar kad dan kad sudah active], maknanya, maybank dah memperjudikan hak clientnya. bagaimana kalau kad tu jatuh ketangan orang lain? ini sungguh tidak boleh diterima. ku nak buat replacement credit card ambank pun macam macam diorang tanya masa nak activate.. sebab tu ku tanya ko tadi...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2011 01:12 PM | Show all posts
Post Last Edit by andria at 19-1-2011 13:23
Reply  Faaip_de_Oiad

masa dapat tu saya agak blur dan confuse , hairan mcm mana boleh dapat tanpa apply apa2. rasanya sekitar bulan ogos atau september lepas saya dapat. terlambatkah untuk saya membatalkannya sekarang? selepas dapat akd tu saya langsung tak gunakannya, cuma pihak bank ada telefon tanya ada masalah tak. untuk beberapa bulan tak ada surat atau sebagainya menyusul ke rumah mintak dilakukan pembayaran sehinggalah kalau x silap saya bulan Disember baru dapat surat.
Faaip_de_Oiad Post at 18-1-2011 23:59


Pembatalan kad kredit boleh dilakukan pada bila-bila masa. Cuma sebelum batalkan, selesaikan dulu sebarang payment yg ada, termasuk utk transaksi syarikat Armada yg TT kata tak pernah berikan approval utk caj ke kad kredit. Selesaikan kes ni dulu, then baru batalkan kad kredit (kalau betul TT tak mahu gunakan kad kredit, sebab kad kredit ni sebenarnya ada kelebihan tersendiri kalau bijak menggunakan). TT dah telefon pihak bank belum?

Reply  Faaip_de_Oiad

dalam bulan november sebelum raya haji saya dapat panggilan dari yg vacation ni. waktu dia telefon tu dia x bagitau pon dia dr syarikat apa. saya yg tak tahu apa2 ni ingat benda ni dari pihak bank dan ada kaitan dgn kad kredit tu. awalnya saya berkeras tak nak ambil sebab dia kata kena bayar RM500 lebih tu dan boleh guna untuk vacation blablabbla , sekali je bayar bleh guna seumur hidup. macam mana dia boeh tahu saya punya no. telefon dsbnya? last sekali saya pun kata ok, then dia mintak alamat rumah dan pos pakai pos laju. saya ingat kalau saya tak setuju nnt leh kensel mudah2 camtu je. baca kat surat yg dia bg beserta kad vacation tu dia kata bila bayar baru kad tu activate dan boleh guna. saya tak buat apa2 pembayaran pon. dan telah memulangkan kad tu. mengenai charge yg dikenakan tu saya pada mulanya tak pasti juga caj apa tp bila bank call tanya sama ada saya guna ke kad vector armada tu saya pon pelik? baru saya syak syarikat ni adalah scam (ada perbicagan di beberapa forum mengenai scam ni, sebijik spt yg saya kena). saya hanya dapat surat mintak dijelaskan pembayaran hanya sejak bulan Disember, sebelum dpt panggilan dari vector armada nie saya x dapat apa2 surat pun. thanks saya akan tanya mengenai hal ni kpd pihak bank esok.
Faaip_de_Oiad Post at 18-1-2011 23:59


Pertama sekali, saya nak bagitahu, sesetengah pegawai bank memang ada menjual senarai nama pelanggan kpd syarikat tertentu, contohnya syarikat Kad Percutian. Malangnya kita tak tahu pegawai mana yg bertanggungjawab jadi kita tak boleh pin point sesiapa. Cuma boleh maklumkan kpd bank yg TT memang tak pernah benarkan $588 tu dicaj kpd kad kredit TT. Bagitahu juga kpd bank yg pihak Armada tak pernah pun minta kebenaran utk caj pembayaran tu ke kad kredit TT. Yg TT tahu, alih2 dah dikenakan pembayaran. Ini dah jelas, mereka mengenakan pembayaran kpd TT tanpa kebenaran. Dan lain kali, jangan sembarangan berikan nombor kad kredit (especially 3 digit di belakang kad kredit) kpd sesiapa jua, terutama dalam talian, kerana caj boleh dikenakan kpd kad kredit kita walaupun pihak berkenaan tidak mempunyai kad kredit kita secara fizikal.

Reply  Faaip_de_Oiad
apa yg saya baca di beberapa website, ramai yg kata mereka gagal untuk menghubungi syarikat tersebut
Faaip_de_Oiad Post at 18-1-2011 23:59


Asalkan TT dah batalkan pembayaran $588 tu, dah takde masalah. Lagipun kad Armada tu TT dah kembalikan (bagaimana TT kembalikan? Pergi ke ofis ke, atau hanya poskan?). Kalau poskan atau pergi ke pejabat, bermakna ada alamat.

Reply  Faaip_de_Oiad
saya mmg tak mahu guna dan telah menulis surat dan memulangkan kad tu kpd pihak bank. adakah akan terbatal kalau buat demikian?
Faaip_de_Oiad Post at 18-1-2011 23:59


Bagaimana TT pulangkan? Pergi sendiri ke bank ke? Ada tak dapatkan surat pengesahan dari bank yg mengatakan memang SAH kad kredit tu dah batal? Pastikan TT dapat surat pengesahan dari pihak bank mengatakan kad kredit tu dah batal, barulah pembatalan kad kredit tu dikira VALID. Takut2, kad kredit TT masih berjalan walaupun TT dah kembalikan kad kredit tersebut kpd mereka. Harus ada BUKTI dari pihak bank yg TT telah kembalikan kad kredit tersebut. Jangan ambil mudah sebarang perkara.

Reply  Faaip_de_Oiad
.pihak bank boleh ke detect sama ada pihak vector armada tu kenakan caj tanpa kebenaran saya? kalau boleh detect adakah saya kena jugak bayar ? ....sbb td masa pihak bank telefon dia tanya sama ada saya guna ke tidak? lepastu saya kurang jelas dia cakap apa td itu yg saya nk telefon pihak bank semula esok.
Faaip_de_Oiad Post at 18-1-2011 23:59


Tidak, tapi TT lah yg HARUS maklumkan kpd pihak bank bahawa pihak Armada caj jumlah $588 tu tanpa kebenaran TT. Pihak bank hanya akan bertindak setelah dapat makluman daripada pemilik Kad Kredit. Bergantung kpd bank yg mengeluarkan kad kredit, sesetengah bank akan menelefon pemilik sekiranya kad kredit pemilik dikenakan bayaran lebih daripada kebiasaan. Contohnya, TT tak pernah buat payment melebihi RM1000, tapi tiba2 suatu hari ada caj sebanyak $1500 dikenakan ke atas kad kredit TT. Kadang2 pegawai bank akan menghubungi pemilik utk mengesahkan, betul ke transaksi tersebut dibuat oleh pemilik? Kalau tak betul, transaksi tu akan direverse on the spot.

TT ambillah ini sebagai pengajaran berharga. Lain kali, jangan ambil mudah mana2 perkara, terutama yg membabitkan wang. Tegakkan hak TT. Kalau tak nak, kata tak nak, tegas. Offkan terus hp kalau ada sesiapa memaksa TT membeli barangan. Masalah ini berlaku pun kerana kelemahan TT sendiri dalam menangani perkara ini. Jadi TT tak boleh salahkan pihak bank dan Armada semata2. Sedikit sebanyak, TT juga harus bertanggungjawab dalam perkara ini. Ignorance is not an excuse. Selesaikan perkara ini dgn pihak bank secepat mungkin, jangan tangguh2.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2011 01:22 PM | Show all posts
Reply  oneders


    saya tak activate kan apa2, tak guna langsung pun. melalui apa yg saya baca ...
Faaip_de_Oiad Post at 19-1-2011 12:34


TT, bukankah TT kata sales rep dari Armada kata kena bayar dulu baru boleh guna kad? Ada tak dijelaskan kpd TT yg semasa perbualan tu, sales rep tersebut akan terus caj $588 tu ke kad kredit TT? Sales rep. harus JELAS dalam perbualan itu. Jika tiada, TT masih boleh pertikaikan. Kalau perkara ini dibawa kpd pengetahuan Tribunal Pengguna, TT ada peluang besar utk menang kerana di dalam perbualan berkenaan, tidak dijelaskan pun bahawa sales rep. berkenaan akan terus mengenakan caj kpd kad kredit TT. Mereka tidak boleh assume bahwa TT TAHU yg mereka akan caj terus ke kad kredit TT kerana itu adalah tugas mereka utk memberitahu dgn SEJELAS-JELASNYA. Saya hairan kerana TT begitu mudah menyerah kalah dalam menegakkan hak TT sebagai pengguna. Pihak bank tidak selalu 100% betul. Prosedur mereka boleh dipertikaikan, dan sekiranya TT bertindak tegas dalam menegakkan hak TT, mereka tidak boleh membolak-balikkan TT seperti sebiji bola. Tapi kalau TT sendiri tak mahu bertindak tegas dalam hal ini, maka tak ada siapa boleh berkata apa2 sebab itu keputusan TT. Saya hormati keputusan TT dan harap ia menjadi iktibar kpd semua orang di masa akan datang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2011 02:35 PM | Show all posts
nie lagi kisah2 penipuan vektor armada

http://parkjungsusaranghae.blogs ... jangan-tertipu.html
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2011 03:50 PM | Show all posts
Hi kawan2,

Sky pun ada terima satu panggilan telefon dari syarikat insurans. Katanya mewakili anak syarikat Maybank untuk memberikan berita sukacita Sky terima pakej insurans Lifestyle Security: Accident Plan. Waktu tu Sky sedang bersiar di taman di depan surau dekat sebuah flat.

Sky tak sempat nak salin apa2 pun. Sky tak tahu pula orang2 ini akan telefon kita pada waktu yang spesifik sebegitu yang mana kita tak bersedia. Orang yang menelefon SKy seorang wanita India, menyatakan ada promosi pakej insurans percuma dengan nama Sky bayaran bulanannya secara automatik akan dikredit dari akaun Maybank Sky. Perbualan adalah direkod. Dan ada lah dia membacakan sedikit terma2 dan syarat2 bla... bla... bla... As the matter of fact, Sky tak bersedia dan Sky ingatkan mereka ni betul2 pihak bank makanya Sky pun ter'automatik' menjawab 'ya' walaupun tak merelakan. Masalahnya di sini pengguna tak diberikan peluang langsung melalui panggilan telefon dan benda yang diberitahukan itu tidak pula kita minta kepada pihak bank mahu pun mana2 pihak.

Kata penelefon tersebut, dia menelefon dari Syarikat Etiqa anak syarikat Maybank dan SKy cuba tanya cawangan yang mana. Dia beritahu di Maybank Customer Service, Bukit Jelutong Syah Alam. Waktu kejadian adalah 5 minit sebelum waktu azan asar di KL.

Sky kata, Sky akan pergi check sendiri di mana-mana cawangan Maybank tapi dia beritahu ini adalah bonus untuk awak dari Maybank dan panggilan telefon direkodkan untuk maklumat pihak mereka dan wakil polisi. Maklumat Sky smua ada dalam sistem komputer mereka. Jadi Sky berasa musykil. Adakah pihak bank juga terlibat dalam memberikan maklumat kita untuk keuntungan pihak2 tertentu? Sky dah dapat dokumen penting dan diberitahukan bahawa jika hendak menamatkan polisi tersebut Sky perlu memberikan notis. Adakah maksudnya SKy kena menulis surat kepada mereka untuk menamatkan polisi tersebut sebab Sky memang taknak ambil sebarang polisi dari orang yg menelefon Sky secara tiba2. Kalau Sky nak lebih baik SKy pergi ke organisasinya dan bertanyakan lebih lanjut. Bukan caranya begini

Adakah dalam hal ini, Sky juga menjadi mangsa Scam seperti TT? :cry:
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2011 03:55 PM | Show all posts
Oh ya, mujur Sky ada merekodkan nombor telefon si penelefon SKy itu. Nama penelefon P. Chuga 03-58855100. Jika sesiapa menerima panggilan telefon dari nombor ini dari Bukit Jelutong berkenaan dengan polisi insurans Etiqa dan promosi hari lahir pakej rm30 insurans kemalangan dipatuk ular, dilanggar kereta, dsbgnya secara tiba2 sila cuba telefon di nombor itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2011 04:28 PM | Show all posts
aik!? macam mana credit card boleh activate sendiri? macam mana kalau surat yang ada credit card tu  ...
oneders Post at 19-1-2011 12:52



    saya taktaw la bro, saya langsung x guna pon kad tu. saya pun musykil masa call bank mula2 td dia ckp akan buat siasatan, kalau betul saya tak guna mungkin dia akan hapuskan bayaran tu.. lpstu pihak bank call kata takleh buat apa2 sebab tu saya dh bersetuju dgn merchant. kiranya syarikat ni la yg curi duit saya walau kad ada dlm tangan saya, diorang cuma dpt no akaun. arghhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2011 03:50 PM | Show all posts
Hi kawan2,

Sky pun ada terima satu panggilan telefon dari syarikat insurans. Katanya mewakili ana ...
sky_ephemeris Post at 19-1-2011 15:50


Minta maaf, tapi saya sungguh tak faham. Kenapa harus berkata 'ya', jika sebenarnya tak mahu? Adakah begitu sukar utk mengatakan TIDAK, tak kiralah yg menghubungi itu pihak bank atau pihak istana sekalipun?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 02:21 PM GMT+8 , Processed in 0.486631 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list