|
AARIZ Sazry belajar sendiri coding perisian komputer dari Youtube dan Discord.
Kuala Lumpur: Kanak-kanak ini baru berusia 11 tahun namun dia sudah mampu mencipta 'coding' perisian komputer.
Bapanya, Azrul Zafri Azmi, 39, berkata, anaknya, Aariz Sazry hanya belajar sendiri dari Youtube dan Discord.
"Saya pun baru tahu dia boleh buat 'coding' yang mana ia adalah perisian komputer. Saya tak pernah ajar atau hantar ke kelas, tapi semua dia belajar sendiri.
"Saya dan isteri memang terkejut. Apatah lagi apa yang dia buat itu saya belajar masa semester dua ketika mengambil jurusan Sains Komputer di universiti pada 2004. 'Coding' yang dibuat tu pula betul," katanya kepada Harian Metro.
Menurutnya, Aariz yang juga anak sulung daripada dua beradik memang meminati dunia IT dan apa saja membabitkan komputer.
"Nak kata dia genius tak tahu juga, sebab akademik dia biasa saja. Cuma dia memang minat komputer. Aktiviti luar dia tak suka, kalau di rumah, masa dia memang banyak depan komputer.
"Dari kecil saya cuma belikan komputer riba dan gajet saja sebab dia memang minat. Budak 'nerd' lah. Kalau sembang pun mengenai teknologi saja.
"Dia minat yang berkaitan komputer, macam permainan 'game'. Pernah cuba hantar dia pergi kelas piano, taekwando, tapi tak 'jalan'," katanya.
Menurutnya, selain kepakaran itu anaknya juga mampu membaiki barang berkaitan IT di rumah mereka.
Menurutnya, Aariz bercita-cita menjadi jurutera perisian.
"Dia pandai baiki komputer. Kalau barang IT dalam rumah bermasalah dia yang akan tetapkan (fix) semula.
"Kami memang panggil dia 'IT Support' di rumah sebab kalau ada apa-apa masalah komputer kami suruh dia tengokkan," katanya yang mempunyai syarikat IT.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... pta-coding-komputer |
|