CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 612|Reply: 0

[Pulau Pinang] Ahmad Fuzi luangkan masa lawat MSAM 2023

[Copy link]
Post time 4-10-2023 10:36 PM | Show all posts |Read mode
Ahmad Fuzi luangkan masa lawat MSAM 2023

Oktober 4, 2023 @ 9:52pm



Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak (empat dari kiri) melihat model perumahan dipamerkan pada Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) di Setia Fontaines hari ini. - BERNAMA



KEPALA BATAS: Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak hari ini mengadakan lawatan ke tapak karnival Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2023 di Setia Fontaines, Bertam di sini.

Kehadiran Ahmad Fuzi pada jam 5 petang disambut Pengerusi Kumpulan PNB, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang.

Lawatan ke MSAM 2023, anjuran Permodalan Nasional Berhad (PNB) itu berlangsung kira-kira sejam, dimulakan dengan sesi pengenalan dan penerangan oleh Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn.

Ahmad Fuzi kemudian singgah ke reruai Sime Darby Plantation dan diberi taklimat mengenai jentera dan teknologi canggih terkini yang digunakan untuk mengawal serangga perosak di ladang sawit.

Selain lawatan ke ruang pameran, Ahmad Fuzi turut beramah mesra dengan kakitangan daripada 50 pempamer yang bertugas sepanjang karnival berlangsung.

Sempena lawatan itu, Ahmad Fuzi turut merasmikan program Jom Stem: Bicara Geo Bersama Persatuan Geologi Malaysia di reruai SP Setia Berhad, pelancaran Pelan Takaful Perjalanan Ikhlas serta penyerahan zakat oleh Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF).

Beliau juga mengambil peluang mencuba kereta elektrik jenis bZ4X keluaran Toyota dan Hyundai Ioniq 6.

Bertemakan 'Bijak Melabur, Santai Berhibur', MSAM 2023 berlangsung selama sembilan hari bermula 30 September hingga 8 Oktober ini.

Buat pertama kali juga karnival berkenaan dianjurkan secara hibrid selaras aspirasi PNB untuk meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Pelbagai aktiviti permainan menarik dan interaktif turut disediakan dengan penerapan elemen Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di setiap gerai pameran, menambahkan lagi tarikan pada MSAM kali ini. – BERNAMA






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 05:57 PM GMT+8 , Processed in 0.051561 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list