CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3628|Reply: 0

[Terengganu] Garis panduan pemakaian atlet patuh syariah Terengganu sukar dilaksanakan

[Copy link]
Post time 4-10-2023 04:44 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU – Garis Panduan Pemakaian Sukan Patuh Syariah masih belum dapat dilaksanakan sepenuhnya oleh kerajaan negeri Terengganu ekoran terikat dengan peraturan ditetapkan badan sukan antarabangsa.

Hishamuddin Karim (Pas-Tepuh) berkata, pendekatan lebih lembut terpaksa diambil bagi mendidik atlet mematuhi garis panduan terbabit dengan berpakaian patuh syariah sewaktu bersukan.

“Kalau hendak patuh syariah itu agak sukar dilaksanakan sepenuhnya seperti sukan berbasikal.

“Kita didik perlahan-lahan dan memberi kesedaran kepada atlet agar mengenakan pakaian yang mesra syariah berbanding langkah penguatkuasaan lebih tegas,” katanya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan lisan Dr. Tengku Muhamad Fakhruddin Tengku Md Fauzi (Pas – Sura) tentang standard pemakaian menutup aurat ditetapkan kerajaan negeri bagi acara sukan dan acara badan bukan kerajaan (NGO).

Hishamuddin berkata, usaha pendidikan bagi memastikan Garis Panduan Hiburan, Persembahan Kebudayaan, Pelancongan dan Sukan Terengganu dilancarkan pada tahun 2020 tetap diteruskan.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Terengganu tersebut menjelaskan, kerajaan negeri kekal tidak akan menyertai acara gimnastik dan gimrama wanita pada Sukan Malaysia (Sukma) 2024 ekoran isu pemakaian atlet yang tidak mematuhi syariah. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... sukar-dilaksanakan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2024 08:08 AM GMT+8 , Processed in 0.097332 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list