CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2290|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Kontena sempit, panas 'rumah' 52 pekerja asing

[Copy link]
Post time 4-10-2023 09:51 AM | Show all posts |Read mode

Pegawai Penanda Kerja Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Sembilan Nor Afzan Ramdan (kanan) melakukan kerja-kerja mengukur keluasan tapak penginapan buruh pekerja jenis kontena pada Ops Matela di sebuah kilang di Jalan Jelebu, hari ini. FOTO BERNAMA

Seremban: Tidak teratur, sempit dan panas, begitulah keadaan kontena yang menempatkan kira-kira 52 pekerja asing Nepal dan Bangladesh yang dibongkar Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) menerusi Operasi Matela di sini hari ini.

Operasi diketuai Timbalan Menteri Sumber Manusia Mustapha Sakmud mendapati 12 kontena disediakan oleh majikan dalam sektor perkilangan tilam itu tidak mendapat Perakuan Penginapan Jabatan Tenaga Kerja.

Pemerhatian mendapati keadaan pendawaian elektrik di setiap kontena berkenaan juga tidak teratur dan membahayakan keselamatan pekerja selain keadaan kontena yang gelap.

"Penginapan ini tidak menepati Akta 446, tempat tinggal pekerja asing dalam kontena agak panas kerana tiada pengudaraan baik, struktur bangunan juga telah berkarat, ia membahayakan pekerja. Kontena ini telah dibina dalam 15 tahun.

Selain itu juga, tempat memasak dan ruang mandi pekerja ini tidak diuruskan dengan baik, kita harap majikan mengambil serius perkara ini, mereka perlu patuhi akta ditetapkan supaya kebajikan pekerja terjaga," katanya kepada pemberita selepas operasi di kilang terbabit.

Beliau berkata majikan terbabit menggajikan lebih 160 pekerja termasuk 60 pekerja tempatan dan selebihnya adalah pekerja asing selain turut menyediakan pangsapuri bagi pekerja lain.

Katanya, pihak majikan itu mendapat Perakuan Penginapan daripada JTK bagi pangsapuri berkenaan namun tidak memohon Perakuan Penginapan bagi penginapan jenis kontena di dalam kilang itu.

Beliau berkata majikan tersebut didapati melakukan pelanggaran terhadap Jabatan melalui Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 [Akta 446] di bawah JTKSM dan siasatan terperinci dijalankan bagi melihat pematuhan terhadap akta-akta lain termasuklah Akta Kerja 1955 dan Perintah Gaji Minimum.

Katanya JTK Negeri Sembilan membuka tiga kertas siasatan di bawah Seksyen 24D Akta 446 dan jabatan dan agensi lain dalam operasi terlibat turut mengambil tindakan susulan secara terperinci selaras dengan peruntukan undang-undang di bawah bidang kuasa masing-masing.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 12:13 AM GMT+8 , Processed in 0.049606 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list