CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3397|Reply: 6

Isteri Tertipu, Suami Mengaku Diri Sebagai Wanita Ketika Bulan Madu

[Copy link]
Post time 4-10-2023 08:59 AM | Show all posts |Read mode
Seorang isteri ditipu oleh 'suaminya' yang merupakan seorang wanita.


Menurut Ida, kisah bermula pada Jun 2000 sewaktu usianya 35 tahun apabila dia dikenalkan oleh rakannya dengan 'lelaki' bernama Nardinata.


Ida yang berasal dari Surabaya, Indonesia berkata, dia mula tertarik dengan 'lelaki' itu yang bijak dan menamatkan pengajian di luar negara.




Foto: CNN Indonesia




Penipuan Nardinata hanya diketahui selepas mereka berkahwin ketika berbulan madu apabila dia mengaku bahawa dirinya adalah wanita.


Ida bagaimanapun tidak boleh melaporkan kepada pihak polis kerana dia diugut bunuh oleh 'suaminya'.


Dia akhirnya melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa di Jawa Timur, Indonesia pada 2002 namun tiada sebarang tindakan diambil.


Susulan daripada itu, Ida sekali lagi membuat laporan kepada pihak polis pada 2013.


Dakwanya lagi, suami Ida merupakan adik ahli perniagaan terkemuka di Indonesia, yang menyebabkan dia sering menerima ugutan.


“Suami sudah beritahu bahawa saya tidak akan mampu mendakwanya kerana dia mengaku sebagai adik kepada ahli perniagaan itu. Namun sepanjang ‘perkahwinan’, saya tidak pernah bertemu abangnya,” katanya.


Setakat ini, tiada sebarang respons diterima daripada pihak berkuasa mengenai perkara tersebut. -CARI


Sumber: mStar/CNN Indonesia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2023 11:43 AM | Show all posts
cikrazi ke tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2023 12:03 PM | Show all posts
set2x abam adam tikitok yang upkan kolar baju utk macho
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2023 12:03 PM | Show all posts
set2x abam adam tikitok yang upkan kolar baju utk macho
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2023 12:03 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2023 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
macam tak baik jur scam pompuan stret. cari je la yang macam korunk tu.
hati hitam aku mengatakan sebenarnya pompuan tu tau laki dia peng, tapi gaduh ke hapa dia gi bocor rahsia laki peng dia tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-11-2024 05:08 PM | Show all posts
Do you want me to?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:34 AM GMT+8 , Processed in 0.192155 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list