CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 573|Reply: 0

[Kedah] Pemilik syarikat didakwa buat tuntutan palsu Penjana RM44,600

[Copy link]
Post time 3-10-2023 12:52 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Alor Setar: Seorang pemilik syarikat mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM44,600 di bawah Program Penjana 2.0 Kerjaya Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) pada 2021.

Muhammad Asyraf Omar, 31, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah selepas pertuduhan pilihan dibacakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan pilihan itu, Muhammad Asyraf dengan curangnya menggunakan suatu dokumen sebagai tulen iaitu dokumen Borang Pengesahan Pekerja Program Insentif Pengambilan Pekerja pada 16 Mei 2021 di Unit Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan, Perkeso Kedah.

Ia bagi menuntut insentif di bawah Program Penjana 2.0 Perkeso Kerjaya berjumlah RM44,600 kepada ejen Perkeso yang mana tertuduh mempunyai sebab untuk mempercayai dokumen itu adalah palsu.

Sehubungan itu, Muhammad Asyraf dituduh mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan ikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 November ini untuk fakta kes serta hukuman.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Rehab Abdul Shukur, manakala tertuduh diwakili Peguam Muhaimin Hashim.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... lsu-penjana-rm44600

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 05:39 PM GMT+8 , Processed in 0.068937 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list