View: 6580|Reply: 15
|
Britney Spears ‘Buat Hal’ Lagi, Menari Pegang Pisau
[Copy link]
|
|
Gara-gara menari sambil memegang pisau, bintang pop terkenal Britney Spears mencetuskan kebimbangan peminatnya.
Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, penyanyi berusia 42 tahun itu dilihat berpakaian seksi menari dengan menggunakan dua bilah pisau.
Tindakan ‘gila’ pelantun lagu Toxic itu sekali gus memancing perhatian peminatnya yang risau dengan tahap kesihatan mentalnya.
“Adakah dia waras? Keadaannya begitu membimbangkan,” ujar seorang pengguna Instagram.
Lebih buruk apabila ada pengguna media sosial bertindak melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa sehingga anggota polis dilihat datang ke kediaman penyanyi tersebut.
Spears dalam maklum balasnya terhadap video itu meminta orang ramai agar tidak membuat laporan polis dengan menjelaskan perkara sebenar.
Katanya, alatan berkenaan bukan pisau sebenar dan tarian itu sekadar meniru aksi penyanyi Shakira menerusi salah satu persembahannya sebelum ini.
"Saya tahu saya telah membuat ramai bimbang tapi itu pisau palsu yang saya sewa daripada sebuah kedai di Los Angeles.
“Ini bukan pisau sebenar, tiada siapa perlu risau atau hubungi polis. Saya cuba meniru gerakan penyanyi kegemaran saya iaitu Shakira,” jelasnya.
Penyanyi itu didakwa berada dalam keadaan tertekan apabila perkahwinannya dengan bekas suami, Sam Asghari berakhir dengan perceraian pada awal September lalu selepas lima tahun bercinta.
Sebelum ini Spears pernah mendirikan rumah tangga dengan rakannya, Jason Alexander di Las Vegas pada 2004, namun perkahwinan tersebut kemudiannya dibatalkan.
Pada tahun sama, Spears berkahwin buat kali kedua dengan penari, Kavin Federline.
Menerusi perkahwinan tersebut Spears dikurniakan dua anak lelaki, bagaimanapun mereka bercerai pada 2007.
Sumber: Kosmo! Online |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Yg atas ni komen dari scammer anak haram celaka kah? |
|
|
|
|
|
|
|
BS ni klau d ikutkan ksian sbb rata2 yg dlm hidup dia cuma nakkan duit dia je, latest husband c Sam Asghari pun sma. Rupa2 nya ikut arahan apak BS. |
|
|
|
|
|
|
|
sian bs ni..pls buat comeback mcm nsync |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni mcm ada mental issue. Dah unfollow dah sbb mcm x sanggup nk tgk dia perbodohkan diri dia sndiri dgn joget hauk dia tu. |
|
|
|
|
|
|
|
tahla tapi meols rasa sheols seorang yang naif, sama naif macam di awal kemunculan single baby one more time girtuhhhh
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesian tgk hidup BS ni. Ada bapak pun tagune |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni sian betul. Circle dia semua lintah parasite. Mmg totally lost dlm hidup. |
|
|
|
|
|
|
|
xde ke org yg ikhlas nk tlg dia ni bimbing ke arah life yg lebih bermanfaat.. hayoo sedehh btl |
|
|
|
|
|
|
|
Sng utk d prgunakn, rata2 yg dlm hidup BS ni cuma nakkan duit dia je. Ex laki pun sma, Sam Asghari pun rupa2 nya spy dri apak BS.
|
|
|
|
|
|
|
|
Some say BS yg skrg ni BS clone, mcm Jamie Foxx. BS yg asal dh xde lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Smua org dlm hidup dia cuma nakkan duit dia je & Justin Bieber ni BS versi llaki.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia punya life sama la mcm shila tu.. tp harapnye x la sampai si shila tu jd mental mcm BS ni |
|
|
|
|
|
|
|
gideoncross replied at 10-10-2023 08:10 PM
Some say BS yg skrg ni BS clone, mcm Jamie Foxx. BS yg asal dh xde lagi.
Yup.. Ak ade baca jugak. Then, yg avril tu pn sama. Entah la, ini smua main dunia hollywood. Tp, sayanglah.. Dlu BS ni muka cute2 mcm tu.. Skrg ni, mcm entah la nk ckp.. Kesian ke dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Britney has lost her mind. Confirm. |
|
|
|
|
|
|
| |
|