CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3433|Reply: 0

Klopp kecewa dengan mutu pengadilan

[Copy link]
Post time 1-10-2023 11:03 AM | Show all posts |Read mode

JURGEN Klopp. FOTO Reuters

London: Jurgen Klopp nyata kecewa selepas badan pengadil profesional iaitu Professional Game Match Officials Limited (PGMOL) mengesahkan jaringan awal Luis Diaz yang dibatalkan pengadil sebenarnya tidak tepat kerana pemain itu tidak offside.

Malah, keputusan pengadil melayangkan dua kad merah turut mengundang kritikan Klopp yang menganggap ia tidak adil bahkan penggunaan Video Bantuan Pengadil (VAR) juga tidak membantu.

PGMOL yang membuat kenyataan itu selepas aksi berkenaan turut meminta maaf kepada Liverpool yang menyaksikan Tottenham Hotspur meraih kemenangan 2-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) malam tadi.

"Apabila kami melihatnya, kami fikir 'itu bukan ofsaid'. Mereka (pertahanan Hotspur) membuat garisan yang salah.

"Ia sangat sukar untuk menanganinya. Saya kini agak tenang, dan semasa perlawanan kami benar-benar tenang. Degupan jantung anda boleh cecah 160-180...dan anda lihat itu, dan kad merah dan kad merah seterusnya dan ia memang sukar," kata Klopp selepas aksi itu.

Selain itu, pengurus yang berasal dari Jerman itu mengkritik keputusan pengadil yang melayangkan kad kuning kedua kepada Diogo Jota sekali gus Liverpool terpaksa beraksi sembilan pemain selepas Curtis Jones turut dibuang padang sebelum itu.

"Bagaimana Jota dalam permainan ini boleh keluar padang dengan dua kad kuning, yang pertama dia hampir tidak menyentuhnya dan pastinya ia tidak salah.

"Itulah masalahnya. Kami mempunyai begitu banyak perkara, bilakah kali terakhir anda mendengar permainan dengan 11 lawan 9? Dan kami hampir dengan 11 lawan 8! Tidak ada kesalahan yang mengerikan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... gan-mutu-pengadilan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 10:16 PM GMT+8 , Processed in 0.043058 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list