CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3683|Reply: 0

[Perak] Yayasan Perak akan agih sendiri bantuan kotak makanan

[Copy link]
Post time 30-9-2023 02:38 PM | Show all posts |Read mode

Ipoh: Yayasan Perak menafikan dakwaan yang disebarkan di media sosial kononnya kerajaan negeri akan menghentikan agihan bantuan kotak makanan kepada rakyat miskin dan memerlukan di kawasan diwakili wakil rakyat pembangkang bermula Oktober ini.

Pengurus Pentadbiran Yayasan Perak Mohamad Hidayat Abd Halim berkata, sebagai agensi bertanggungjawab menyelaraskan program bantuan itu, Yayasan Perak akan terus menyalurkan bantuan terbabit tanpa mengira kawasan, namun malah membuat langkah penambahbaikan agar bantuan itu tidak dijadikan modal politik kepartian.

Menurutnya, Yayasan Perak memandang serius pelbagai aduan yang diterima termasuk perbuatan membuka kotak dan membuat pembungkusan semula (repacking), menampal kotak dengan pelekat tertera logo parti politik, mengubah kuantiti asal bungkusan makanan, serta pengagihan tidak mengikuti kuota dan tempoh ditetapkan.

"Mengambil berat isu dan aduan diterima, Yayasan Perak mengesyorkan supaya kaedah penyaluran bantuan terbabit ditambah baik bagi memastikan ia benar-benar sampai kepada golongan sasar serta menjamin kuantiti dan kualiti barang makanan yang diagihkan sentiasa dalam keadaan memuaskan.

"Yayasan Perak juga komited untuk mematuhi polisi kerajaan negeri seperti ditetapkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad supaya penyaluran bantuan kotak makanan kepada golongan memerlukan dilakukan secara adil tanpa mengira kawasan kerajaan atau pembangkang.

"Sehubungan itu, mulai Oktober ini, pengagihan kotak-kotak makanan tidak lagi disalurkan menerusi mana-mana pusat khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), sebaliknya akan diagihkan terus oleh Yayasan Perak dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dilantik oleh pihak Yayasan Perak," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya lagi, tindakan membuat pembungkusan semula atau menampal kotak dengan pelekat lain sehingga menutup label jenis-jenis makanan dan tarikh akhir penyaluran kotak makanan dikhuatiri menyebabkan berulangnya insiden tidak diingini seperti penerima mendapat barang makanan yang sudah tamat tarikh luput.

"Yayasan Perak tegas bahawa kami sangat mengambil berat tanggungjawab untuk memastikan setiap kotak makanan yang diagihkan kepada rakyat memerlukan, adalah selamat setelah melalui proses kawalan kualiti (QC) yang ditetapkan.

"Sehubungan itu, Yayasan Perak akan terus menjalin hubungan baik dengan semua wakil rakyat di negeri ini dan sentiasa terbuka berkongsi maklumat bagi memastikan golongan rakyat susah yang memerlukan bantuan makanan di kawasan masing-masing dapat disantuni sebaiknya," katanya.

Terdahulu, terdapat dakwaan di media sosial antaranya bersumberkan menerusi Facebook (FB) Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Razman Zakaria iaitu 'Haji Razman Zakaria' bahawa bantuan kotak makanan itu yang biasanya diperuntukkan sebanyak 50 kotak sebulan, akan dihentikan agihannya kepada Adun pembangkang di Perak.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ntuan-kotak-makanan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2024 06:10 AM GMT+8 , Processed in 0.236650 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list