CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7723|Reply: 6

Tolong Ayah Jual Nasi Goreng Sampai Selalu Ponteng Kelas, Pelajar Tikam Guru Sebab Berang Dilarang Ambil Peperiksaan

[Copy link]
Post time 29-9-2023 03:53 PM | Show all posts |Read mode
Seorang remaja lelaki ditahan polis atas dakwaan menikam gurunya kerana dilarang mengambil peperiksaan.


Tribun News melaporkan, kejadian yang berlaku di Demak di Jawa Tengah, Indonesia itu menyaksikan suspek tiba-tiba masuk ke kelas lalu menikam gurunya di bahagian leher dan di lengan kiri menggunakan sabit.


Dia kecewa dan berang kerana tidak dapat menduduki peperiksaan pertengahan semester gara-gara sering ponteng kelas dan gagal menghantar tugasan yang diberikan.


Foto: Tribun News




Susulan itu, pelajar berusia 17 tahun tersebut telah ditangkap di sebuah rumah kosong selepas melarikan diri pada Isnin.


Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Damak, AKP Winardi, suspek mengaku salah terhadap tindakannya. Suspek juga dilaporkan waras dan tidak berada di bawah pengaruh dadah atau arak.


Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati suspek merupakan seorang yang pendiam dan kerap ponteng sekolah kerana menjual nasi goreng pada setiap malam untuk membantu meringankan beban keluarga. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2023 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jazaa100 at 29-9-2023 04:06 PM

Benti je lah....

Kat indon, ada kelulusan pun bkm senang nk dpt keja....
Klu iv ada 4org interviewer, sorang nk Rp4juta...4org dah brp?.....Rp16juta.   

Maid jiran aku dulu kelam kabut  pinjam sana sini nk rasuah interviewer....memang dpt pun...klu tak rasuah, jgn harap lah....
Memula kata 3org....pastu jd 4org....

Tapi dpt keja gomen tu dah mcm dpt lesen besar lah....blh gadai jawatan tu ke bank & buat pinjaman.....mcm kat sini, senang le buat loan dgn b.rakyat....

Aah gitchu.....

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2023 04:26 PM | Show all posts
dah agak bukan kat Malaysia..mesti kat kanoha
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2023 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada budak indon cakap gomen sana banyak makan suap termasuk unit beruniform pun sama. Nak apply kena sogok dulu. Klo xde duit lupakan jelah.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2023 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru2 ni adik kak biras mohon nak masuk kerja diindon mesti sogok 20juta rupiah itu pun baru borang. Kata g20
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2023 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
darkness: Baru2 ni adik kak biras mohon  ...


Kat indon byk org alim.. tp tu laa.. kata kata org alim tuu tak diendah pun.. sana sini rasuah merata
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-11-2024 05:12 PM | Show all posts
Do you want me to?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:35 AM GMT+8 , Processed in 0.170203 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list