CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 667|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Konsultan berdepan 15 pertuduhan palsu dokumen

[Copy link]
Post time 27-9-2023 03:04 PM | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR 27 SEPTEMBER 2023. P. Anbalahghan (kanan), bersama peguamnya selepas menghadapi 30 pertuduhan membabitkan dokumen palsu bernilai RM300,000 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

Kuala Lumpur: Perunding perniagaan berstatus muflis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas 15 pertuduhan menipu dokumen bagi menuntut dana di bawah Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) lebih RM300,000, tiga tahun lalu.

Mengikut semua pertuduhan, P Anbalahgan, 61, didakwa menipu Penolong Pengarah Seksyen Pendidikan Latihan Mitra, R Kavithah dengan memperdayakannya bahawa tiga penyata Hong Leong Bank atas nama Bengkel Motor Steben, lapan resit rasmi atas nama bengkel itu, empat invois yang dikemukakan di dalam laporan berkala dan laporan akhir Prestasi Pelaksanaan Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India Malaysia Kementerian Perpaduan Negara bertarikh 14 April 2020 adalah benar dan tulen.

Perbuatan itu mendorong Kavithah menyerahkan wang berjumlah RM331,047 ke dalam akaun Bengkel Motor Steben yang mana wang itu tidak akan diserahkan sekiranya tidak diperdayakan oleh tertuduh.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di Mitra, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya pada 14 April 2020 dan 3 Disember 2020.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun dengan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Anbalahgan juga mengaku tidak bersalah atas 15 pertuduhan pilihan iaitu menggunakan tiga penyata Hong Leong Bank palsu atas nama Bengkel Motor Steben, lapan resit rasmi palsu atas nama bengkel itu, empat invois palsu yang dikemukakan di dalam laporan berkala dan laporan akhir Prestasi Pelaksanaan Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India Malaysia Kementerian Perpaduan Negara, di tempat dan tarikh sama.

Pertuduhan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Natrah Fareha Rahmat mencadangkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah serta melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terdekat dan tidak mengganggu saksi pendakwaan sehingga kes selesai.

Peguam M Yoges mewakili tertuduh memohon jaminan rendah kerana anak guamnya tidak mempunyai pendapatan tetap memandangkan dia diisytiharkan muflis sejak 2007 selain mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggit dan gout.

"Anak guam saya memberikan kerjasama baik sepanjang siasatan dijalankan dan anak guam saya memohon untuk membayar wang jaminan secara ansuran," katanya.

Hakim Suzana Hussin membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan membenarkan syarat tambahan yang dipohon pihak pendakwaan.

"Mahkamah membenarkan tertuduh membayar wang jaminan secara ansuran RM5,000 hari ini, RM5,000 pada 4 Oktober dan RM10,000 pada 11 Oktober dan sebutan kes ditetapkan pada 3 November ini," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... duhan-palsu-dokumen
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25340 Replies : 134
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18760 Replies : 25
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 142756 Replies : 1513
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 192009 Replies : 7049
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24172 Replies : 15
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112803 Replies : 4942
KERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fans FATTAH AMIN menuduh family fazura gunakan MAK ESAH terhadap fattah dan tuduhan kematian TRAGIS ayah Fazura
FORUMCARIIIKERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fa
Views : 16666 Replies : 339
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 31311 Replies : 43
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15474 Replies : 22
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29033 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 09:21 PM GMT+8 , Processed in 0.062685 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list