View: 630|Reply: 0
|
Arsenal boleh turun Raya lawan Brentford
[Copy link]
|
|
RAYA tangkas mengawal gawang ketika menentang Tottenham Ahad lalu.
London: Arsenal dijangka memanfaatkan kelonggaran dalam peraturan Piala Liga ketika menentang Brentford awal pagi Khamis ini.
Selepas pertembungan menarik dengan Tottenham Hotspur beraksi 2-2 Ahad lalu, Gunners melayan kunjungan skuad Thomas Frank dalam aksi pusingan ketiga.
Dengan beberapa pemain mengalami kecederaan, pengurus Mikel Arteta dijangka membuat perubahan untuk perlawanan itu dan situasi membabitkan David Raya menjadi tumpuan.
Penjaga gol Sepanyol itu dipinjam dari Brentford yang menerima yuran £3 juta (RM17 juta) dari Arsenal musim ini. Mereka mempunyai pilihan untuk membelinya dengan harga £27 juta (RM154 juta) selepas kempen musim 2023/24 berakhir.
Berdasarkan peraturan ditetapkan Liga Perdana, pemain tidak boleh beraksi menentang kelab induk mereka.
Namun dalam kejohanan lain, syarat itu tidak selalu menjadi kes seperti berlaku kepada Joao Cancelo yang beraksi untuk Bayern Munich ketika menentang Manchester City dalam saingan Liga Juara-Juara musim lalu.
Untuk EFL dan Piala Liga, peraturan itu terpulang kepada budi bicara kelab. Menurut talkSPORT, Brentford perlu memberi kelulusan kepada Raya untuk beraksi tetapi mereka tiada masalah dan bersetuju sebelum undian bahawa bekas penjaga gol Blackburn itu boleh beraksi.
Kontrak Raya secara pinjaman tetapi hanya untuk membantu Arsenal mematuhi peraturan Fair Play Kewangan dan dianggap perjanjian kekal.
Raya tampil dalam tiga aksi terakhir Arsenal termasuk derby London Utara. Aaron Ramsdale digantikan selepas bermain 52 perlawanan Liga Perdana Inggeris berturut-turut tetapi dia memuji kecekapan pesaingnya itu Ahad lalu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... aya-lawan-brentford |
|
|
|
|
|
|
| |
|