|
RAMOS (kanan) diraikan rakan sepasukan selepas menjaringkan gol PSG.
Paris: Paris Saint-Germain membelasah Marseille dalam aksi Ligue 1 dengan Goncalo Ramos menjaringkan dua gol ketika juara bertahan itu menang 4-0 awal pagi tadi.
Namun kemenangan itu dibayangi kecederaan Kylian Mbappe yang dikasari pemain lawan dan sepakan percuma dimanfaatkan Achraf Hakimi untuk meletakkan PSG di depan pada minit kelapan di Parc des Princes.
Bintang Perancis itu terpaksa dikeluarkan selepas setengah jam perlawanan tetapi skuad tuan rumah menggandakan jaringan sebelum rehat menerusi Randal Kolo Muani.
Ramos kemudiannya menanduk masuk gol ketiga sejurus selepas rehat dan melengkapkan pesta PSG dengan jaringan keempat seminit sebelum tamat permainan.
Kemenangan itu meletakkan skuad Luis Enrique di tangga keempat selepas enam perlawanan, dua mata di belakang pendahulu Brest yang menewaskan Lyon 1-0 Sabtu lalu.
Menurut Enrique kecederaan dialami penjaring terbanyak Mbappe tak serius.
"Pendapat saya ia hanyalah kecederaan kecil. Dia cuba menukar tampalan dan meneruskan permainan tetapi sakit itu tidak hilang," kata jurulatih itu.
"Saya tak fikir ia serius dan saya jangka dia akan kembali secepat mungkin tetapi lebih baik tak tanggung risiko apabila pemain itu tidak 100 peratus."
Pada perlawanan lebih awal, jaringan lewat Morgan Guilavogui membolehkan naib juara musim lalu Lens bangkit menewaskan Toulouse 2-1 dan menang kali pertama kempen musim ini.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... 44/psg-menang-besar |
|
|
|
|
|
|
| |
|