CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4738|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Pesawah dakwa kesukaran dapat beras tempatan hanya 'laluan' pemain industri buat duit

[Copy link]
Post time 24-9-2023 05:33 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP

Kuala Lumpur: Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah) mendakwa kesukaran mendapatkan bekalan beras tempatan hanya 'laluan' bagi pemain industri seperti pengilang dan pemborong untuk membuat duit.

Bendahari Pesawah, Muhamad Rafirdaus Abu Bakar mendakwa, mereka hanya mengambil kesempatan terhadap isu yang berlaku ketika ini.

"Kilang main harga. Dia (kilang) beli sahaja tapi dia tidak akan keluar beras tempatan, dia bawa beras import sebab nak kaut untung.

"Petani merempat dan susah juga," dakwanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.

Mengulas lanjut, Muhamad Rafirdaus berkata, petani masih lagi mengalami kesusahan di sebalik isu yang berlaku.

Katanya, ini disebabkan banyak kos input lain dalam pertanian mengalami kenaikan seperti dari segi sewa bajak, traktor, racun dan baja.

"Penggunaan jentera untuk membajak (mengalami kenaikan). Baja walaupun kerajaan bekal, tapi kami kena bayar juga kos pengangkutan itu," katanya.

Muhamad Rafirdaus turut menafikan berlakunya pembelian panik yang menyebabkan berlakunya kekurangan beras putih tempatan di pasaran.

"Konteksnya kapitalis, pemborong ini yang mainkan harga. Sepatutnya kerajaan kawal, ini dia tak kawal. Itu masalahnya.

"Bukan ada pembelian panik ke apa. Masalahnya kerajaan terlampau ikut kapitalis," katanya.

Menteri Pertanian Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu dilapor menegaskan kekurangan beras putih tempatan di pasaran adalah disebabkan berlakunya pembelian panik.

Beliau berkata, sebelum ini beras tempatan tidak dipedulikan, termasuk dalam kalangan peniaga sendiri.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... uan-pemain-industri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 11:02 AM GMT+8 , Processed in 0.036983 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list