CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 601|Reply: 0

[Perak] Remaja hilang ditarik ombak selepas selamatkan lelaki lemas

[Copy link]
Post time 24-9-2023 03:30 PM | Show all posts |Read mode

Komuniti nelayan sedang membantu misi mencari dan menyelamat seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang selepas menyelamatkan seorang lagi pengunjung lelaki di Pantai Teluk Senangin, pagi tadi. FOTO IHSAN BOMBA.

Lumut: Seorang remaja hilang dikhuatiri ketika menyelamatkan seorang pengunjung yang hampir lemas ketika mandi di Pantai Teluk Senangin di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Muhammad Fahmi Hafizi Mohd Fadzli, 19, dilaporkan hilang akibat ditarik ombak selepas berjaya menyelamatkan seorang pengunjung lelaki.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Perak dalam kenyataan, pegawai dan empat anggota bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan jam 10.02 pagi.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang dijalankan dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), polis serta bantuan empat bot nelayan.

"Mangsa masih belum dijumpai dan Ops Carilamat tergendala atas faktor cuaca dan keadaan ombak.

"Bagaimanapun, komuniti nelayan sedang meneruskan pencarian dengan teknik lintang pukat," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... matkan-lelaki-lemas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 03:09 AM GMT+8 , Processed in 0.063240 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list