|
Menurut Smith selepas mangsa melakukan proses pembesaran payudara, wanita berkenaan berasa keletihan sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital sebelum meninggal dunia.
Tidak dinafikan setiap wanita pastinya ingin tampil cantik dan bergaya.
Oleh itu, ada yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk melakukan ‘make over’ agar kelihatan lebih menawan meskipun ianya merisikokan nyawa sendiri.
Wanita maut lepas buat proses besarkan payudara dengan doktor palsu
Baru-baru ini, Presiden Persatuan Pakar Perubatan Forensik di Thailand telah mengeluarkan amaran kepada orang ramai untuk tidak melakukan prosedur pembesaran payudara secara haram.
Amaran itu diberikannya selepas terdapat satu kes kematian melibatkan seorang wanita di negara berkenaan.
Menurut pakar perubatan, Smith Fa Srisont di Facebook pada 18 September lalu, wanita itu telah menjalani prosedur membesarkan payudara bersama seorang doktor palsu sehingga menderita.
Jelas Smith, dia yakin bahawa pembedahan berkenaan dijalankan oleh doktor palsu kerana nama individu berkenaan tidak ada di dalam sistem Majlis Perubatan Thailand.
Beritahu mangsa suntik kolagen untuk besarkan payudara
Katanya, doktor palsu itu memberitahu wanita berkenaan kolagen yang disuntik ke dalam payudara adalah untuk membesarkannya.
Namun selepas suntikan dilakukan mangsa mengalami keletihan sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital.
Keadaan teruk sehingga maut, doktor sebenarnya suntik silikon bukan kolagen
Keadaannya kemudian dilaporkan semakin merosot sehingga meninggal dunia, lapor The Thaiger.
Smith menjelaskan berdasarkan bedah siasat dilakukan terhadap mangsa, wanita berkenaan mati kerana silikon yang dimasukkan telah memasuki saluran darah dan menyebabkan saluran darah, paru-paru dan otaknya tersumbat.
Ini kerana doktor palsu berkenaan tidak menyuntik kolagen di dalam badan mangsa sebaliknya silikon.
Tegas doktor itu, prosedur menyuntik silikon secara terus ke dalam payusara wanita adalah salah.
Sepatutnya masukkan beg silikon untuk besarkan payudara bukan suntik
Yayasan Promosi Kesihatan Thai mengatakan menyuntik silikon pada mana-mana organ badan adalah sesuatu yang tidak boleh diterima selain berbahaya.
Apa yang perlu doktor lakukan untuk membesarkan payudara adalah memasukkan beg silikon ke dalam payudara.
Keluarga tak mampu upah peguam siasat kes
Ujarnya lagi, ahli keluarga mangsa mahu mengambil tindakan atas doktor palsu berkenaan namun identiti individu itu tidak jelas. Tambahan pula, keluarganya tidak mampu untuk melantik peguam bagi menyiasat kes itu lebih lanjut.
Tambah Smith lagi, lima tahun lalu terdapat kes sama membabitkan seorang wanita Thailand dikenali sebagai Thantharat Narat, 35, yang meninggal dunia selepas melakukan proses pembesaran payudara.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|