CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2581|Reply: 0

[Selangor] Empat penguat kuasa bersubahat curi kabel ditahan

[Copy link]
Post time 21-9-2023 05:29 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan.

Petaling Jaya: Enam lelaki termasuk empat anggota penguat kuasa dicekup selepas disyaki bersubahat dengan sindiket mencuri kabel telekomunikasi milik Telekom Malaysia (TM).

Menurut sumber, penjawat awam terbabit dipercayai bertindak sebagai tonto yang akan 'jaga line' ketika ahli sindiket berkenaan membuat 'kerja'.

"Laporan diterima daripada petugas TM selepas menerima aduan daripada pelanggan berkenaan kerosakan telefon dan data.

"Selepas membuat pemeriksaan di sekitar Taman Kanagapuram, di sini pengadu mendapati dua batang kabel utama bawah tanah dipotong dipercayai dicuri," katanya.

Menurutnya, bertindak atas maklumat empat anggota penguat kuasa terbabit ditahan pihak polis dalam serbuan di sini, baru-baru ini.

Difahamkan, polis kemudian memberkas dua lagi lelaki tempatan yang dipercayai terbabit dalam kecurian itu di sekitar Shah Alam dan Petaling Jaya.

"Pasukan serbuan turut merampas pelbagai barang kes termasuk beberapa telefon bimbit dan kenderaan pacuan empat roda serta kenderaan milik agensi penguat kuasa yang dipercayai digunakan semasa kejadian," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid ketika dihubungi mengesahkan penahan itu.

"Kita sahkan ada tangkapan ini dan sedang jalankan siasatan, kes masih belum selesai lagi," katanya ketika dihubungi hari ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -curi-kabel-ditahan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25340 Replies : 134
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18760 Replies : 25
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 142756 Replies : 1513
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 192009 Replies : 7049
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24172 Replies : 15
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112803 Replies : 4942
KERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fans FATTAH AMIN menuduh family fazura gunakan MAK ESAH terhadap fattah dan tuduhan kematian TRAGIS ayah Fazura
FORUMCARIIIKERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fa
Views : 16666 Replies : 339
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 31311 Replies : 43
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15474 Replies : 22
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29033 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 11:02 PM GMT+8 , Processed in 0.047708 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list