CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2469|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Penunggang p-hailing akui langgar lampu isyarat merah demi 'order', dipaksa pelanggan

[Copy link]
Post time 20-9-2023 02:53 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR HIASAN

Kuala Lumpur: Lapan daripada 10 penunggang p-hailing mengakui sekurang-kurangnya pernah melanggar undang-undang jalan raya sebanyak 20 kali sebulan, sebahagian besarnya membabitkan kesalahan melanggar lampu isyarat merah.

Walaupun ia tidak menggambarkan keseluruhan penunggang p-hailing tetapi 'tabiat' sebahagian penunggang yang ditemui Harian Metro itu dilihat agak membimbangkan kerana boleh mengundang risiko kemalangan.

Selain melanggar lampu isyarat merah, tiga daripada 10 penunggang terbabit juga mengakui motosikal ditunggang mereka juga tidak memiliki insurans serta cukai jalan sudah tamat tempoh.

Penunggang p-hailing yang hanya mahu dikenali sebagai Liq, 24, berkata, antara faktor ia berlaku oleh kerana kadar upah yang tidak menentu disamping mereka perlu mengejar masa yang ditetapkan.

"Kadar bayaran yang semakin rendah dan demi mengejar 'order' bagi mendapatkan pendapatan yang diingini menyebabkan mereka 'terpaksa' melanggar lampu isyarat merah.

"Pelanggan juga memainkan peranan dalam hal ini contohnya meminta 'rider' untuk hantar dengan kadar segera, jika tidak bakal diberi 'rating' rendah," katanya.

Dia juga berkata, kadar pendapatan yang tidak menentu juga membuatkan mereka sukar untuk memperbaharui cukai jalan.

Dalam masa yang sama, mereka tidak boleh memperbaharui cukai jalan sekiranya tidak membayar saman.

Seorang lagi penunggang p-hailing, Najip Asmi, 23, berkata, semua penunggang wajib mematuhi undang-undang jalan raya yang ditetapkan agar dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

"Bagi saya itu adalah tanggungjawab masing-masing, sebagai seorang 'rider' mesti mempunyai dokumen yang lengkap seperti lesen motosikal dan jugak cukai jalan kenderaan.

"Ini disebabkan mereka sentiasa berada di atas jalan raya yang sibuk dan apabila berlaku sebarang perkara yang tidak diingini, kita dapat memudahkan segala urusan," katanya.

Bagi Haziq Azman Shah, 23, berkata, penunggang perlu mempunyai sikap bertanggungjawab terhadap orang lain sewaktu di jalan raya.

"Pendapat saya, kekangan dari segi kewangan merupakan punca utama mereka melanggar undang-undang.

"Bagaimanapun, mereka juga perlu bertanggungjawab ke atas pengguna jalan raya yang lain sekiranya berlaku kemalangan," katanya.

Penunggang p-hailing lain, Ajwad Mazlan, 24, pula mendakwa pihak syarikat p-hailing perlu menyelaraskan pemeriksaan cukai jalan dan lesen penunggang.

"Polisi dan syarat yang ditetapkan adalah berbeza mengikut syarikat, oleh sebab itu masih ada penunggang yang boleh menghantar pesanan walaupun cukai jalan sudah tamat tempoh.

"Saya berharap agar semua penunggang turut peka dengan perkara penting seperti dokumen perjalanan yang sah agar tidak menjejaskan pekerjaan seharian kita," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -demi-order-dipaksa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25340 Replies : 134
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18760 Replies : 25
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 142756 Replies : 1513
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 192009 Replies : 7049
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24172 Replies : 15
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112803 Replies : 4942
KERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fans FATTAH AMIN menuduh family fazura gunakan MAK ESAH terhadap fattah dan tuduhan kematian TRAGIS ayah Fazura
FORUMCARIIIKERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fa
Views : 16666 Replies : 339
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 31311 Replies : 43
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15474 Replies : 22
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29033 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 11:03 PM GMT+8 , Processed in 0.048736 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list