View: 2758|Reply: 2
|
Dah Telan Nasi Banyak Baru Perasan Ada Lipas Dalam Botol Kicap
[Copy link]
|
|
Tular video memaparkan seorang wanita menjumpai beberapa ekor lipas di dalam botol kicap ketika sedang makan.
Laylaazli memberitahu dia tidak menyangka serangga tersebut boleh berada di dalam botol kicap ketika dia sedang makan nasi.
Menurutnya dia sudah menelan nasi sebanyak dua hingga empat kali sebelum perasan mengenai kewujudan serangga tersebut.
"Al-kisah kicap dah nak habis tapi aku tuang kali pertama dekat nasi dan kali kedua nak tuang tiba-tiba ternampak binatang ini ye. Aku dah telan nasi dua ke empat suap dah, kali kedua baru perasan."
Tambah wanita itu, dia berharap tiada apa-apa akan berlaku selepas tempoh 24 jam.
"Harap-harap tak jadi apa-apa. Update selepas 24 jam."
Di ruangan komen, segelintir netizen mempertikai bagaimana lipas tersebut boleh berada di dalam botol berkenaan.
Tanpa menimbulkan sebarang fitnah, Laylaazli mendakwa ada individu yang tidak menutup botol kicap tersebut selepas menggunakannya. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
tu la letak rata2 pastu dah pakai ternganga gitu..
lipas tu pon mcm dijemput mencemar duli lah kan?? |
|
|
|
|
|
|
| |
|