|
WOLFF (tengah) berkata Massa (kiri) cetuskan situasi kucar-kacir. FOTO REUTERS
Singapura: Formula Satu (F1) berdepan risiko huru-hara sekiranya Felipe Massa memenangi tuntutan undang-undang untuk menuntut kejuaraan dunia 2008, menurut bos pasukan Mercedes, Toto Wolff.
Bekas pemandu Ferrari, Massa, 42, mendakwa, dia dinafikan gelaran itu akibat 'konspirasi' kerana pemimpin sukan itu tahu Grand Prix (GP) Singapura 2008 dimanipulasi tetapi tidak mengambil tindakan sehingga setahun selepas itu.
Pemandu Brazil itu terlepas gelaran juara dunia dengan hanya kurang satu mata berbanding Lewis Hamilton dari Britain ketika bersama McLaren sebelum juara dunia tujuh kali itu kini bersama Mercedes.
"Sejujurnya, saya tidak fikir dia ada kes," kata Wolff kepada pemberita pada GP Singapura hujung minggu lalu.
"Kami mengikut kepada peraturan sukan yang sangat jelas dan anda komited sebagai pemegang lesen. Jika semua orang membuka situasi lama, maka sukan ini akan menjadi kucar-kacir.
"Terdapat banyak perkara yang mempengarungi sama anda menang atau kalah. Bagi saya ia seperti menonton telenovela atau sinetron yang dimainkan di hadapan saya," kata Wolff lagi.
Laman web www.motorsport.com memetik Massa berkata komen Wolff menunjukkan 'kami berada di landasan yang betul' dan mereka di dalam dunia F1 menyedari betapa serius dan penting kes berkenaan.
"Saya mencari keadilan, impian zaman kanak-kanak saya, gelaran untuk seluruh negara, untuk rakyat Brazil. Dan untuk tifosi (peminat Ferrari) juga," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... kan-huru-hara-wolff |
|