View: 7664|Reply: 3
|
Wanita Sanggup Beli Udang RM1,002 Di Restoran Mewah Untuk Lepaskan Ke Dalam Laut
[Copy link]
|
|
ROM, Itali – Seorang wanita melepaskan seekor udang karang berharga €200 (RM1,002) ke dalam laut selepas memesannya di sebuah restoran mewah di Itali.
Mirror UK melaporkan, wanita itu memesan seekor udang karang ketika mengunjungi restoran Gente di Mere, pulau Sardinia bersama suaminya.
Pemilik restoran, Antonio Fasolino berkata: “Pada mulanya saya menyangka dia bergurau. Saya kemudian faham bahawa dia serius dan mahu melakukan perbuatan yang baik.
Foto: Mirror
Fasolino mengambil seekor udang karang hidup dari tangki dan menimbangnya di dapur. Dia memberitahu pasangan berkenaan bahawa udang itu berharga €200 (RM1,002).
Udang itu kemudian dibawa di dalam baldi ke meja pasangan itu. Wanita itu kemudian melepaskan haiwan itu melalui celah pagar logam ke dalam laut.
Sebaik sahaja jatuh ke dalam air, udang karang itu berenang pergi.
“Melihat keterujaan dan kegembiraan wanita itu, saya juga terharu. Dia sangat gembira dan teruja kerana dapat memenuhi hasratnya dan kami juga gembira,” kata Fasolino. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
| |
|