|
PETALING JAYA: Selepas dua tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi bersuara emas, Ariana Grande akhirnya memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Dalton Gomez.
Keputusan itu disahkan peguam penyanyi 7 Rings itu yang memaklumkan perceraian itu adalah disebabkan tiada persefahaman antara pasangan tersebut.
Malah alasan itu turut disokong sumber terdekat mereka bahawa pasangan itu memilih jalan perceraian kerana perbezaan pendapat dan tidak sehaluan lagi.
Tambah sumber itu lagi, pasangan tersebut juga telah menyelesaikan beberapa tuntutan sebelum memfailkan permohonan cerai.
Memetik laporan TMZ, Dalton yang merupakan ejen hartanah juga sudah memfailkan jawapan balas sebagai respons terhadap permohonan Ariana.
Desas desus keretakan rumah tangga mereka mula bertebaran selepas penyanyi dilihat memadam gambar berkaitan perkahwinan mereka/
Malah Ariana juga sebelum ini berdepan kritikan apbial didakwa rapat dengan pelakon, Ethan Slater yang merupakan suami orang.
Pasangan tersebut mengambil masa masa lama sebelum mengemukakan permohonan cerai untuk mencapai kata sepakat dalam beberapa urusan bersama bagi memudahkan proses mahkamah.
https://www.utusan.com.my/terkin ... -grande-fail-cerai/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|