CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15962|Reply: 1

[Melaka] Belum sah mayat dijumpai ialah Darvnrajh -Polis

[Copy link]
Post time 18-9-2023 06:06 PM | Show all posts |Read mode

R. DARVNRAJH




MELAKA: Identiti mayat ditemukan dalam keadaan seperti hangus terbakar dalam semak di Alor Gajah di sini, Sabtu lalu belum dapat disahkan R. Darvnrajh, 24, yang dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya sejak 10 September lalu di Tampin, Negeri Sembilan.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, ini kerana pihaknya masih menunggu keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijalankan ke atas ahli keluarga Darvnrajh.

Beliau berkata, mayat tanpa identiti berseluar jeans dalam keadaan berulat serta hampir reput itu ditemukan orang awam di tepi jalan Ladang Gadek, Kemuning.

Jelasnya, hasil bedah siasat menunjukkan, mayat berkenaan tidak dibakar sebaliknya keadaan fizikal seakan-akan hangus adalah disebabkan banyak tisu-tisu badan mangsa hilang akibat proses pereputan.

“Siasatan melibatkan kes ini pada asalnya diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR). Namun, hasil bedah siasat dijalankan pegawai perubatan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Alor Gajah mengesahkan, mangsa mempunyai kesan kecederaan pada bahagian badan serta kepala.

“Kes ini diklasifikasikan semula mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, polis sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki hilang selepas tidak pulang ke rumah.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tampin, Deputi Superintenden Amiruddien Sariman berkata, Darvnrajh kali terakhir dilihat bersama rakan-rakannya sekitar awal pagi 10 September lalu.

Tambah Zainol, si mati mengalami kecederaan parah akibat kecederaan daripada objek tajam.

Jelasnya, terdapat beberapa kesan luka tajam pada bahagian leher, dada, kedua belah tangan, kedua belah kaki, tulang rahang retak pada beberapa bahagian dan tulang kepala retak pada bahagian sebelah kiri.

“Selain itu, mangsa turut mengalami dua tulang leher patah, tulang lengan tangan kanan patah, tulang lutut dan kaki patah dan tiga kesan luka pada jantung.

“Terdapat dua kesan luka tajam di leher, enam kesan luka tajam di dada, empat kesan luka tajam di kaki kanan, dua kesan luka tajam di tangan kiri, satu kesan luka tajam di tangan kanan dan tiga kesan  luka tajam di kaki kiri,” jelasnya. -UTUSAN

https://www.utusan.com.my/nasion ... ah-darvnrajh-polis/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2023 10:23 AM | Show all posts
Sadisnya bunuh orang then campak je mana2. Malaysia darul Mexico.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25340 Replies : 134
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18760 Replies : 25
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 142756 Replies : 1513
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 192009 Replies : 7049
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24172 Replies : 15
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112803 Replies : 4942
KERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fans FATTAH AMIN menuduh family fazura gunakan MAK ESAH terhadap fattah dan tuduhan kematian TRAGIS ayah Fazura
FORUMCARIIIKERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fa
Views : 16666 Replies : 339
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 31311 Replies : 43
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15474 Replies : 22
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29033 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 11:04 PM GMT+8 , Processed in 0.062985 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list