CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3266|Reply: 0

[Perak] Beras mahal, nasi putih dijual RM1.50 atau kuantiti kurang

[Copy link]
Post time 18-9-2023 10:17 AM | Show all posts |Read mode

Harga beras melambung naik menyebabkan peniaga pertimbang menaikkan harga nasi putih.

IPOH – Peniaga makanan mempertimbangkan untuk menaikkan harga nasi putih sepinggan atau mengurangkan kuantiti nasi dalam masa terdekat sekiranya masalah bekalan beras tempatan terus berlanjutan.

Tinjauan Kosmo! di sekitar bandar raya Ipoh dan kawasan sekitarnya mendapati, rata-rata peniaga masih menjual nasi putih antara RM1 hingga RM2 sepinggan.

Menurut seorang pembantu restoran dikenali sebagai Mohd. Murshid, 36, kedai makannya masih mengekalkan harga jualan nasi putih pada kadar RM1 sepinggan, namun tidak menolak kemungkinan menaikkan caj dikenakan bagi sepinggan makanan ruji tersebut.

“Buat masa ini kami masih bersabar dengan situasi semasa dan berharap kerajaan dapat mengatasi masalah bekalan beras tempatan ini.

“Bagaimanapun, jika keadaan ini berterusan, tidak mustahil harga nasi putih dinaikkan dari RM1 kepada RM1.20 atau RM1.50 sepinggan,” katanya kepada Kos­mo! di sini semalam.

Baru-baru ini harga beras tempatan didakwa kekurangan stok sehingga menyebabkan harga beras import naik melambung.

Sementara itu, seorang peniaga, Mohd. Ariff Ghazali, 44, berkata, mereka berkemungkinan akan mengurangkan kuantiti nasi putih sepinggan jika masalah tersebut masih berterusan.

Katanya, langkah itu terpaksa diambil kerana dia tidak mahu menaikkan harga jualan nasi putih dan membebankan para pelanggannya.

“Jadi, saya berpandangan biarlah kuantiti nasi putih sepinggan dikurangkan sedikit daripada biasa. Saya percaya pelanggan memahami apa yang sedang kami lalui ketika ini,” katanya.

Katanya, sekiranya pelanggan mahukan kuantiti nasi se­perti biasa atau lebih daripada itu, mereka haruslah membayar lebih kerana akan dianggap sebagai nasi tambah.

Seorang pelanggan, Mohd. Hamdan Khairil Anwar, 29, berkata, dia memahami tindakan pengusaha restoran yang mahu menaikkan harga makanan atau mengurangkan kuantiti nasi putih sepinggan.

“Saya cuma mengharapkan agar keadaan ini tidak berlanjutan terlalu lama. Saya sebagai ahli dalam masyarakat pun berhadapan masalah sama juga iaitu sukar untuk membeli beras tempatan terutamanya di kedai-kedai runcit,” katanya.
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... kurangkan-kuantiti/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25340 Replies : 134
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18760 Replies : 25
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 142756 Replies : 1513
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 192009 Replies : 7049
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24172 Replies : 15
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112803 Replies : 4942
KERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fans FATTAH AMIN menuduh family fazura gunakan MAK ESAH terhadap fattah dan tuduhan kematian TRAGIS ayah Fazura
FORUMCARIIIKERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fa
Views : 16666 Replies : 339
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 31311 Replies : 43
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15474 Replies : 22
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29033 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 10:47 PM GMT+8 , Processed in 0.153852 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list