|
ni semua fatamorgana jerk.
bila keje private nmpk keje kerajaan lg bagus.
bila dah masuk gov nmpk yg private tu plk lg bagus.
bg org yg kata keje kerajaan tu senang adakah anda dah merasai sendiri atau just kata apa yg anda nmpk sahaja?
otai_g Post at 12-1-2011 00:34 ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
aku sutuju statement ni..
kat ofis aku ramai yg dh keje private join government & ada jgk yg sebaliknya..
aku tanya kt diorg kenapa ko join gov, kn gaji lumayan bonus pun masyukk?? diorg jwb kerja private ni komitmen kena tinggi.tensen pun ada jgk..hari cuti pun kena dtg ofis nk siapkan report ni la, report tu la.
nak minta cuti pun susah. inikan pula nak bercuti bersama family. kadang2 rs gaji yg kitorg dpt ni tk setimpal dgn apa yg kerja kitorg present..ni aku tanya org yg dah berkelurga la. kalau yg bujang tu diorg seronok kot kerja private ni..![](static/image/smiley/default/lol.gif)
yg nak join private ni pulak ckp, dah tensen kerja ngan gov. tk tertanggung beban katanya (multitasking)
lg satu, tak habis2 kena tranfer sana, tranfer sini.. habis duit bayar tmbang bas je balik kg tiap2 minggu![](static/image/smiley/default/lol.gif)
kerja ngan gov ni nk memastikn perjalanan pentadbiran & pengurusan negara berjalan dgn lancar..
so masing2 ada pro and cons..
ni antara faedah bekerja dlm sektor awam (kerajaan)
1. Elaun Perumahan,
2. Cost Of Living Allowance (Cola),
3. Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA),
4. Kenaikkan Gaji Setiap Tahun,
5. Kemudahan Pinjaman Komputer Dan Kenderaan,
6. Cuti Tahunan Mengikut Kelayakan,
7. Cuti Bersalin,
8. Pinjaman Perumahan,
9. Caruman KWSP ataupun Pencen,
10. Bersara pada umur 58 tahun,
11. Peluang Kenaikan Pangkat,
12. Peluang Melanjutkan Pelajaran,
13. Peluang Untuk Berkursus dari masa ke semasa,
14. Bekerja dalam jangkasamasa yang sesuai bagi manusia 8 jam sehari (kadang-kadang lebih masa juga),
15. Lebih mepunyai masa bersama keluarga dan dapat mewujudkan keluarga yang lebih bahagia. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 41# freekey
salam,
kalau tru SPA susah sket nak kabel ke apa ke, diorg suma auto :
cuba try yg badan berkanun lah, byk. senang sket sbb takde tapisan SPA. (read: leh kabel sket)
btw:
dah alang2 bertanya,
PENCEN :
tak dpt full gaji macam waktu keja kan?
let say seorang yg degree and tak naik pangkat tahap pengarah ke apa ke, pencen at level 48 je kot
dpt berapa bulanan pencen kalau full service? Rm 3k? 5k??
Swasta:
kalau entree level degree, starting around 2 k at umur 23 tahun
kenaikan gaji tetap 5% tahunan
berenti at 55 tahun
EPF dia if tak di kacau - di kira TANPA kenaikan pangkat, EPF interest...
simpanan EPF dia mencecah RM 441 952 jgak tau.
mustahil takda kenaikan pangkat yg kenaikan dia akan jump to > 10 % dua tiga kali sepanjang brkhidmat
so tak terkejut kalau cecah 600 k.
kalau simpan makan dividen pun bleh. melabur pun bleh. makan sikit2 pun bleh...
tp...aku yg swasta pun tingin keja kerajaan hahaha. penat! |
|
|
|
|
|
|
|
Degree In Chemical Engineering (Environmental)
takut susah kot kejenyer.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 41# freekey
hmm.. apply gov mmg kene bersabar sbb mmg lambat.. especially melalui SPA... mcm saya 3 tahun tunggu @ 3x apply SPA renew setiap tahun... baru dpt panggil intew... tapi alhamdullillah, 1st time g intew trus dapat keje.. ader member2 yang 2,3 kali g intew baru dapat.... tak semestinya kene pakai kabel... rezeki masing2.... |
|
|
|
|
|
|
|
betul ikut rezeki masing2.. tak main lah pakai kabel 2 |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 41# freekey
yg kawan uols nama siti dulu tu dah dpt kerja dgn gomen ke belum ![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by someone at 00-0-0000 00:00 AM
Salam sejahtera,
Pada entri kali ini saya nak kongsi kepada anda tentang kelebihan bekerja di sektor kerajaan. Nak tahu?
Banyak kelebihannya bekerja dengan sektor awam dan saya percaya disebabkan kelebihan-kelebihan inilah mengapa begitu ramai orang memohon jawatan kosong yang diiklankan di sektor awam. Antara kelebihan-kelebihan yang anda dapat sebagai seorang penjawat awam ialah:
1.Elaun perumahan
==================
Ya, anda dapat elaun perumahan pada setiap bulan. Usah risau lagi untuk membayar sewa bulanan rumah anda kerana elaun ini sudah pasti akan membantu.
2.Cost of living allowance (COLA)
==================================
Anda bekerja di bandaraya yang taraf hidupnya adalah tinggi? Memang semuanya mahal, dari tambang bas, makan, tol dan lain – lain. Tahukah anda bahawa COLA ini dibayar berdasarkan di bandar mana anda bekerja?
3.Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
====================================
Anda sebagai kakitangan awam, ada satu imbuhan khas disediakan khas buat anda. Ini adalah satu penghargaan buat mereka yang berkhidmat buat negara.
4. Kenaikan gaji setiap tahun
================================
Anda berkhidmat untuk kerajaan, sudah pasti ada kenaikan gaji tahunan anda. Lagi lama anda berkhidmat, lagi tinggi kenaikan gaji yang anda perolehi. Sudah pasti anda sukar nikmati kenaikan ini di mana – mana selain di sektor awam.
5. Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan
============================================
Anda mahu buat pinjaman komputer ataupun pinjaman kenderaan? Dengan sepantas kilat anda boleh mendapatkannya.
6. Cuti tahunan mengikut kelayakan
=====================================
Tahukah anda bahawa cuti diberikan paling minima adalah 14 hari iaitu buat pekerja am. Jika anda berjawatan professional, cuti anda adalah 25 hari. Itu belum campur lagi dengan kenaikan cuti tahunan dan juga kenaikan pangkat.
7. Cuti bersalin
=================
Usah risau – risau jika anda rasa anda/orang rumah anda perlu ambil cuti bersalin 2 bulan. Sudah tentu ianya diberikan dengan gaji terus jalan!
8. Pinjaman perumahan
========================
Ya, anda boleh mula memiliki aset terbesar dalam kehidupan anda, iaitu rumah! Dalam masa yang singkat, anda sudah boleh mula membuat pinjaman untuk membeli ‘banglo’ idaman anda.
9. Caruman KWSP atau pencen
============================
Anda pilih mana anda suka. Nak KWSP ke pencen ke? Kedua – duanya ada kelebihan tersendiri. Jadi, usah risau akan masa depan anda lagi..
10. Bersara pada umur 58 tahun
===================================
Sungguh lama anda berkhidmat dalam kerajaan tu..Jika di luar sana, adakah anda akan diberikan peluang berkhidmat selama itu?
11. Peluang kenaikan pangkat
==============================
Siapa taknak naik pangkat kan? Naik pangkat maknanya naik gaji dan juga anda naik selevel lagi dari tahap anda sebelum ini. Kiranya anda jadi bos la ni..
12. Peluang melanjutkan pelajaran
==================================
Wah! Sambung belajar pun diberikan peluang. hebat tu! Dan untuk makluman anda, anda juga akan diberi peluang tajaan untuk menyambung pelajaran anda. Sudah tentu ini memberikan 1001 kebaikan buat anda dan juga kerajaan.
13.Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
============================================
Boleh dikatakan pada setiap bulan anda akan dihantar ke kursus. Sudah tentu banyak ilmu pengetahuan yang anda pelajari percuma yang di’support’ oleh kerajaan. Jika anda hadir sendiri kursus tersebut, dekat 4 angka juga anda perlu bayar setahun.
14. Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga
========================================
Ya, kini anda akan punyai lebih banyak masa bersama keluarga berbanding kehidupan sebelum ini. Dan keluarga anda semakin menyayangi anda seadanya
Wah! Begitu banyak kelebihan sekiranya kita bekerja dengan kerajaan ini. Akan tetapi adakah mudah untuk anda berjaya mendapat kerja kerajaan ini.
Sebelum itu, temuduga kerja kerajaan anda perlu lalui dahulu. Mungkin ini panduan khas yang dapat membantu anda. Lawati laman web di bawah sekarang.
sumber: http://www.syedakmal.com/career/inilah-kelebihan-kerja-kerajaan/
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|