CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 730|Reply: 0

Mental Maguire kuat diejek penyokong

[Copy link]
Post time 14-9-2023 12:32 PM | Show all posts |Read mode

HARRY MAGUIRE


LONDON: Harry Maguire menegaskan, dia mampu menangani kecaman dan ejekan, malah berusaha merebut semula tempatnya dalam skuad Manchester United.

Pertahanan tengah England itu diejek oleh penyokong Scotland ketika masuk sebagai pemain gantian dalam aksi persahabatan antarabangsa di Glasgow kelmarin.

Cemuhan terhadapnya semakin menjadi-jadi selepas dia menjaringkan gol sendiri di minit ke-67 dalam perlawanan yang menyaksikan England menang 3-1.

Situasi tersebut menimbulkan kemarahan pengurus England, Gareth Southgate, namun ia bukanlah kali pertama Maguire berdepan situasi itu.

“Kami sedar memang begitu sambutannya jika menentang Scotland dan pada babak kedua saya menerima kebanyakannya (cemuhan). Saya gembira dpaar menanganinya, jangan bimbang.

“Mereka memberi tekanan kepada saya. Saya tidak katakan saya sudah biasa dengannya tetapi saya boleh menanganinya.

“Saya tidak boleh kata, saya berdepan tekanan mental.

“Saya sudah melalui banyak perkara dalam beberapa tahun terakhir dan saya adalah kapten Manchester United bagi hampir empat tahun.

“Ia satu penghormatan dan memberikan anda banyak tanggungjawab dan setiap perkara yang hadir dengannya – banyak juga yang buruk selain yang baik,” kata Maguire yang telah membuat 59 penampilan bersama England.

Ditanya mengenai ejekan tanpa henti yang diterima daripada penyokong lawan, Maguire tersenyum dan melihatnya dari sudut positif.

“Ya, ia secara tidak langsung mengurangkan tekanan buat rakan sepasukan saya. Ia membantu mereka beraksi lebih baik, sudah tentu,” katanya. – AGENSI
https://www.utusan.com.my/sukan/ ... t-diejek-penyokong/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 11:48 PM GMT+8 , Processed in 0.054702 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list