CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1746|Reply: 0

Ranking naik pikat lawan lebih handal

[Copy link]
Post time 13-9-2023 04:38 PM | Show all posts |Read mode

Skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon tiba di tanah air semalam selepas dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 di Chengdu, bertemu Syria dan China. - Foto FB FAM

KUALA LUMPUR: Prestasi memberangsangkan skuad kebangsaan ketika mengikat dua pasukan dalam kelompok 100 terbaik dunia, Syria dan China sedikit sebanyak membuktikan skuad Harimau Malaya berada pada landasan yang terbaik untuk terus memperbaiki ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Justeru, kecemerlangan diperagakan anak buah Kim Pan Gon itu seharusnya diteruskan dengan pemerhati bola sepak tempatan, Prof Madya Dr Zulakbal Abd Karim mengharapkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan lebih 'cerewet' dalam memilih lawan mereka selepas ini.

Tegas Zulakbal yang juga Tenaga Pengajar Elit Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) itu, FAM tidak lagi boleh memilih lawan secara 'tangkap muat' ataupun mengambil satu langkah ke belakang dengan mengadakan perlawanan bersama pasukan 'cap ayam'.

"Seri menentang Syria dan China adalah satu keputusan yang baik jadi kita perlu jadikan kecemerlangan itu sebagai budaya. Kita perlu memilih lawan yang boleh mendatangkan faedah dalam meningkatkan ranking.


Aksi Harimau Malaya ketika menentang China pada aksi persahabatan di Chengdu. - Foto FB FAM

"Kalau dahulu kita menentang pasukan di ranking bawah ataupun sama kuat untuk mendapatkan keyakinan tetapi dengan peningkatan ditunjukkan, saya berpendapat kita boleh menyaingi pasukan di ranking yang lebih baik, pasukan yang setara seperti China mahupun Syria.

"Kita harus lebih teliti dalam memilih musuh sekarang dengan memperincikan adakah lawan itu sesuai untuk kita, boleh ataupun tidak kita cuba mengambil mata. Untuk meningkatkan ranking, kita perlu terus menentang pasukan di ranking lebih baik.

"Sebagai contoh, pasukan terkemuka Asia seperti Korea Selatan tidak akan menentang Maldives ataupun Jepun berdepan Kemboja ataupun Laos. Jadi perkara sama perlu dipertimbangkan oleh FAM dan mereka pasti tahu apa perlu dilakukan bagi meningkatkan ranking," katanya.


- Foto FB FAM

Kualiti persembahan skuad kebangsaan yang semakin meningkat sehingga melonjakkan ranking FIFA dilihat dapat 'memikat' pasukan di ranking lebih baik untuk berentap bersama skuad negara.

Pemerhati bola sepak tempatan, Mohd Fauzi Pilus beranggapan skuad negara menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan di bawah kendalian Pan Gon dan ini satu perkembangan yang positif buat pasukan dan juga pemain.

"Pemain pun menjadi bertambah baik dan kita perlukan ranking yang tinggi untuk mendapat tawaran bermain di gelanggang pasukan lawan. Kita mahukan pasukan di ranking lebih tinggi berjumpa dengan kita.

"Jika kita terus mendapat jemputan menentang pasukan sebegini, secara tidak langsung kita dapat meningkatkan lagi kualiti persembahan masing-masing dan membantu liga kita menjadi bertambah baik," katanya.

Sebagai rekod, skuad kebangsaan yang ketika ini menghuni kedudukan ke-136 dunia dijangka berjaya menambah sekurang-kurangnya tiga lagi mata untuk ranking FIFA apabila mengikat Syria 2-2 dan China 1-1 pada aksi persahabatan di Chengdu, China, baru-baru ini.

Malah, Pan Gon turut mengharapkan momentum yang diraih anak buahnya dapat diteruskan apabila mereka mahu mencipta sejarah dengan memburu kedudukan dalam kelompok 100 terbaik dunia.



Aksi Harimau Malaya ketika menentang China pada aksi persahabatan di Chengdu. - Foto FB FAM

https://www.bharian.com.my/sukan ... -lawan-lebih-handal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 01:03 AM GMT+8 , Processed in 0.060326 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list