CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1090|Reply: 0

[Johor] Beras putih tempatan `hilang' di Johor ?

[Copy link]
Post time 13-9-2023 04:08 PM | Show all posts |Read mode

Yang Dipertua Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Johor, Noorman Kamsani mengadakan pertemuan bersama wakil dan pegawai Pejabat Kawalselia Padi Beras (KPB). FOTO ihsan

Johor Bahru: Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Johor menerima sehingga 30 aduan berkaitan kenaikan harga beras putih tempatan antara RM33 sehingga RM39 untuk satu setiap pek 10 kilogram.

Berikutan itu MTPN Johor berharap Pejabat Kawalselia Padi Beras (KPB) dapat melaksanakan perancangan bagi melantik syarikat terpilih membekalkan beras di kedai dan pasar raya di negeri tanpa sebarang halangan.

Yang Dipertua Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Johor, Noorman Kamsani berkata, langkah itu demi mengatasi masalah kekurangan bekalan beras.

Beliau berkata, perancangan itu dimaklumkan pegawai dan wakil pihak KPB negeri menerusi suatu pertemuan bersama pihaknya.

Menurutnya, pihaknya menyambut baik usaha itu kerana ia adalah langkah jangka panjang pihak KPB negeri dalam menangani masalah bekalan beras.

"Langkah ini akan diperkenalkan kepada rakyat untuk menjamin stok keperluan beras mencukupi kepada semua rakyat di Johor ini.

"Perkara ini dimaklumkan pegawai dan wakil pihak KPB negeri dalam pertemuan dengan saya di Pejabat MTPN, Austin Height di sini," katanya tadi..

Beliau berkata, pihak KPB negeri memberi jaminan akan memberikan komitmen yang tinggi bagi menyelesaikan aduan pengguna berkaitan isu beras dibangkitkan pihak MTPN.

Menurutnya, MTPN sedang menambah baik aplikasi #Idenfic untuk orang ramai membuat aduan terhadap salah laku peniaga terutama yang menipu dan memanipulasi harga beras ketika ini.

"Kami akan menyalurkan maklumat tersebut terus ke Pejabat KPB negeri supaya tindakan segera dapat diambil.

"Aplikasi ini yang dibangunkan MTPN boleh dimuat turun secara percuma, kita harap pengguna memanfaatkan aplikasi ini," katanya.

Sebelum ini tinjauan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di beberapa buah pasar raya di sini mendapati bukan sahaja harga mahal tetapi pelanggan berdepan kesukaran mendapatkan stok beras tempatan kerana cepat habis.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tan-hilang-di-johor

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 05:30 AM GMT+8 , Processed in 0.036338 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list