CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2906|Reply: 0

Peluang lawan pasukan 100 terbaik dunia semakin cerah

[Copy link]
Post time 13-9-2023 10:59 AM | Show all posts |Read mode

MALAYSIA menunjukkan permainan positif ketika mengikat China 1-1 dalam aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Chengdu, China, Sabtu lalu. - IHSAN FAM




PETALING JAYA: Keputusan positif yang dicatat Harimau Malaya ketika menentang Syria dan China akan memudahkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengatur perlawanan persahabatan dengan pasukan-pasukan dalam ranking 100 terbaik dunia.

Jika dahulu, segelintir negara besar Asia berpendapat menentang Malaysia tidak memberi nilai tambah kepada mereka, namun stigma itu mula terhakis berdasarkan prestasi semasa anak-anak buah Kim Pan Gon.

Turun sebagai pasukan No. 136 dunia, Malaysia melakar kejutan pertama apabila mengikat Syria yang menghuni ranking ke-94 dunia 2-2 dalam aksi persahabatan Tier 1 di Chengdu, China, Rabu lalu.

Harimau Malaya kemudian meneruskan prestasi baiknya dengan mengikat pasukan No. 80 dunia, China 1-1 dalam aksi kedua, Sabtu lalu.

Bekas pemain kebangsaan, Hasnizam Uzir berkata, dua keputusan itu bukan sahaja menambah mata Malaysia dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), malah membuka peluang buat mereka berdepan pasukan lebih baik pada aksi persahabatan.

“Dengan prestasi dan keputusan diperolehi Harimau Malaya dalam dua aksi di China, sudah tentu ia akan membuka mata kepada pasukan-pasukan berada di ranking tinggi terutama di Asia untuk menentang Malaysia.

“Ia juga membuka jalan dan memberi lebih keyakinan kepada FAM untuk berunding dengan pasukan-pasukan di ­ranking 100 ke atas bagi mengadakan perlawanan persahabatan sekali gus memberi persiapan berkualiti kepada skuad negara ke Piala Asia tahun depan,” katanya kepada Utusan Malaysia.



Dalam masa sama, Hasnizam berpendapat sikap yang ditunjukkan pemain negara pada dua perlawanan berkenaan cukup membanggakan dan diharap mampu dikekalkan.

“Sikap dan keinginan mereka iaitu mampu memberi saingan kepada pasukan berada di kedudukan lebih tinggi di atas padang merupakan perkara positif yang perlu dikekalkan.

“Tetapi ada kelemahan yang perlu diperbaiki dan saya percaya Kim Pan Gon dan barisan kejurulatihan mampu menyelesaikannya supaya sebuah pasukan mantap akan dibawa di Piala Asia Qatar tahun depan,” jelasnya.

Cabaran Malaysia seterusnya adalah Pestabola Merdeka pada 13 Oktober di ­Stadium Nasional Bukit Jalil melibat tiga negara lagi iaitu Palestin, Lubnan, India sebelum kelayakan Piala Dunia/Piala Asia.
https://www.utusan.com.my/sukan/ ... unia-semakin-cerah/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 01:10 AM GMT+8 , Processed in 0.089881 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list