CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1665|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Pelajar Malaysia ditahan di Norway kerana lakukan pengintipan

[Copy link]
Post time 12-9-2023 04:17 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mattzzx at 12-9-2023 04:34 PM



KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Malaysia berusia 25 tahun di Norway ditahan pihak berkuasa tempatan kerana didakwa mengintip, termasuk mencuri dengar secara haram melalui pelbagai peranti teknikal.

Agensi perisikan polis Norway, dikenali sebagai PST, mendakwa lelaki berkenaan cuba mengintip pejabat perdana menteri, Kementerian Pertahanan dan pejabat kerajaan lain di Oslo, lapor media Norway.

PST memberitahu Norwegian Broadcasting (NRK) bahawa lelaki itu, yang ditahan pada Jumaat  lalu, sudah didakwa di mahkamah kelmarin berikutan tindakannya melakukan operasi pengintipan dan risikan terhadap negara itu.

Lelaki itu, yang identitinya tidak didedahkan, mengaku tidak bersalah ketika sesi soal jawab oleh pihak polis manakala pihak berkuasa Norway pula tidak menyatakan lelaki itu mengintip bagi negara mana.



Pendakwa raya negeri, Fredrik Blom, dilaporkan berkata pihaknya tidak mengetahui lanjut apa yang berlaku dan kini berada dalam fasa kritikal, dan penyiasatan masih pada peringkat awal.



"Dia (suspek) didakwa menggunakan pemasangan peranti teknikal untuk risikan isyarat secara haram," kata Blom kepada NRK.


Polis turut merampas beberapa barangan daripada lelaki itu termasuk peranti pembawa data elektronik yang kini sedang disiasat oleh PST.
Menurut PST, pelajar itu tidak mendaftar di institusi pendidikan di Norway dan menetap di negara berkenaan dalam jangka masa yang agak singkat.

Mengikut waran tangkap yang dikeluarkan, NRK berkata suspek didakwa ditahan ketika sedang melakukan pengawasan isyarat haram di dalam sebuah kereta sewa berhampiran pejabat perdana menteri Norway dan Kementerian Pertahanan.

Dia kemudian didakwa atas tuduhan 'signaletterretning', yang menurut portal NewsInEnglish berpangkalan di Oslo, adalah terma Norway merujuk kepada pengumpulan maklumat menggunakan peranti isyarat elektronik.

Ia termasuk mencuri dengar isyarat elektronik seperti perbualan menerusi telefon bimbit dan teks pesanan.

Mahkamah memutuskan supaya lelaki itu dipenjarakan selama empat minggu, sementara tempoh tahanan pra-perbicaraan, dengan larangan menerima surat dan lawatan.


Blom memberitahu NRK tindakan mengasingkan suspek amat penting bagi mengelakkan potensi tinggi bahan bukti tercemar.
Pegawai keselamatan berkata suspek tidak melakukan pengintipan itu secara bersendirian.

Dalam penilaiannya sebelum ini, PST menamakan negara jiran Russia, China dan Korea Utara sebagai menimbulkan ancaman perisikan yang ketara kepada Norway, sebuah negara dengan 5.4 juta penduduk. - AGENSI

https://www.bharian.com.my/berit ... lakukan-pengintipan



   
  
Gambar hiasan.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15886 Replies : 27
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 193357 Replies : 7103
Betul ke ayat" ni semua?
beansoyaBetul ke ayat" ni semua?
Views : 3152 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 113716 Replies : 4976
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24475 Replies : 18
Jalan-jalan cari hantu
BicaraHatikuJalan-jalan cari hantu
Views : 40594 Replies : 42
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25782 Replies : 146
Komputer ada problem..
faristoyouKomputer ada problem..
Views : 16951 Replies : 3
Putera Harry sahkan pemastautin tetap Amerika Syarikat
maklukpenggodaPutera Harry sahkan pemastautin tetap Am
Views : 10023 Replies : 24
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29191 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 02:18 AM GMT+8 , Processed in 0.107621 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list