|
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/photo_2023-09-12_11-17-44_1694492852.jpg)
Seorang lelaki ditahan disyaki mengumpil tambung masjid dan melarikan sejumlah wang. Ihsan PDRM
Ampang: Penganggur dicekup selepas disyaki mencuri wang derma berjumlah RM500 dari tabung masjid selepas selesai solat Subuh di Masjid Al-Mustaqim, Taman Nirwana di sini, awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, lelaki tempatan berusia 33 tahun itu ditahan di sebuah rumah sekitar Taman Angsana Hilir, Kuala Lumpur jam 5 petang semalam.
"Jam 6.49 pagi ahli jawatankuasa (AJK) masjid menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati suspek berada di kaki lima.
"Suspek kemudiannya dirakam mengumpil tabung masjid selepas solat Subuh lalu melarikan diri dan kerugian dianggarkan berjumlah RM500," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, suspek yang mempunyai 10 rekod membabitkan kesalahan jenayah dan dadah ditahan sepasukan polis dari Balai Ampang.
Katanya, polis berjaya merampas wang tunai berjumlah RM101 serta pakaian dipercayai digunakan suspek terbabit semasa kejadian.
"Ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Permohonan reman akan dibuat hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan (mencuri dalam bangunan) yang membawa hukuman penjara 10 tahun, denda atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... d-lepas-solat-subuh |
|