View: 3076|Reply: 0
|
[Melaka]
Peniaga lega dapur usang dibaiki
[Copy link]
|
|
![](https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/2023/09/WhatsApp-Image-2023-09-07-at-11.01.04-AM.jpeg)
MEGAT AZLANI Megat Ramli (kanan) memperkatakan sesuatu kepada Suhaila Jaafar (dua dari kanan) sambil diperhatikan Parihah Hassan (kiri) di Kampung Melayu Machap Jaya, Alor Gajah, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
ALOR GAJAH: Tiada yang lebih menggembirakan buat sebuah keluarga di Kampung Melayu Machap Jaya dekat sini, apabila dapat tinggal di sebuah rumah lebih selesa dan selamat berbanding sebelumnya.
Seorang peniaga makanan, Suhaila Jaafar, 37, berkata, dia bersyukur mendapat bantuan daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) sebanyak RM20,000 bagi membaiki bahagian dapur yang usang.
“Bahagian dapur kayu dinding sudah reput dan atap pula bocor manakala pendawaian elektrik tidak elok. Saya berdaftar dengan e-Kasih dan mendapat perhatian apabila saya menghantar video atap bocor, akhirnya mendapat perhatian.
“Walaupun saya berniaga tetapi ia cukup-cukup makan untuk menyara tiga orang anak antara lima hingga 12 tahun,” katanya kepada pemberita selepas Program Inspirasiku MyHaus YaPEIM di sini, baru-baru ini.
Hadir sama Pengarah Kanan Pembangunan Usahawan YaPEIM, Parihah Hassan; Pengarah Pejabat Pembangunan Melaka, Megat Azlani Megat Ramli serta Pengurus YaPEIM Melaka dan
Negeri Sembilan, Azharry Giman.
Tambah Suhaila, kini keluarganya tidak perlu gusar mencari wang tambahan untuk membaiki dapur selepas YaPEIM tampil membantu.
“Sebelum ini saya agak bimbang dengan keadaan rumah terutama bahagian dapur yang terlalu uzur, namun tidak mampu untuk membaikinya kerana tidak cukup wang,” katanya. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... apur-usang-dibaiki/ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|